Sunday, April 27, 2008

AMARAN : Skim Cepat Kaya Kembali Menular

*** Maklumat Diambil Dari Sebuah Forum...

AMARAN supaya berhati-hati dengan penularan kembali Skim-Skim Cepat Kaya yang bertopengkan "pelaburan". Baru-baru ini kami mendapat maklumat bahawa terdapat satu skim yang mengambil deposit yang bukan dipanggil mencurigakan, bahkan 100% adalah penipuan semata-mata. Skim-skim ini adalah kesinambungan dari program-program cepat kaya yang menular secara besar-besaran khususnya hampir ke seluruh masyarakat pada awal tahun 2007 seperti Swisscash, Danafutures, Fical dan lain-lain.


Skim yang telah kami kesan ini bernama EUVEST, API Mutual & Wallet Money yang mempunyai domain beralamat
www.euvest.net, www.apimutual.com & www.Wallet-Money.com adalah 100% buatan penganjur tempatan. Mereka seperti biasa mengutip deposit menggunakan pihak ketiga yang berfungsi sebagai perantaraan di dalam penukaran wang tunai ke sistem 'euro' (biasanya dipanggil 'e-point'). Kami percaya skim ini telah mula menular di dalam masyarakat kita dan baru-baru ini mereka telah mula menjalankan aktiviti mempromosi di dalam internet. Kami yakin penganjur skim ini telah samada mengupah, atau memberi komisen atau menawarkan 'orang tengah' sebagai 'merchant' mereka sebagai salah satu strategi untuk berkomplot di dalam menjalankan promosi. Kami juga percaya banyak lagi skim-skim akan muncul tidak lama lagi.

Kami percaya anda mempunyai lebih maklumat tentang perjalanan skim-skim ini dan mungkin lebih dari apa yang telah kami sampaikan di atas. Oleh itu, anda disarankan supaya terus membuat aduan di :-
Suruhanjaya Sekuriti (Tel: 603 6204 8999); atau

Bank Negara Malaysia (Tel.: 03-2691 5090 / 2698 4163 / 2691 0824 / 2692 6482 / 2694 2143)

Anda juga boleh membuat rujukan di laman web Bank Negara Malaysia berkenaan
skim cepat kaya di sini


Harap Maklum.

Friday, April 25, 2008

Sumber Pendapatan Ke-2

***Dipetik Dari 1 Email Yang Diterima

Salam Sejahtera,

Saya baru sahaja membaca buku bestseller, Robert Koyasaki "Rich Dad Poor Dad".

Dalam buku tersebut Robert menceritakan satu hari seorang broker kereta menelefon dan berkata yang kereta idaman beliau, Porsche edisi terbaru baru sahaja tiba dan mengajak beliau melihatnya.

Robert yang memang mengidamkan kereta Porsche terpegun melihatnya dan tanpa berfikir dua kali terus membeli kereta Porsche ini secara hutang. Beliau terus memberi deposit dan membuat pinjaman selama 5 tahun.
Ya, beliau sudah pun menjadi jutawan tetapi tetap mahu berhutang!
Macam mana tu... ok, biar saya terangkan.

Beliau terus memberi deposit dan membuat pinjaman selama 5 tahun. Kemudian apa yang beliau lakukan ialah mencari satu projek hartanah dan menyewakannya. Duit sewa dari
projek hartanah tersebut digunakan untuk membayar sewa bulanan kereta Porsche. Secara logiknya, bukankah beliau membeli kereta ini secara percuma?

Konsep jutawan yang ingin saya jelaskan disini ialah jika anda mahu membeli sesuatu yang mahal harganya, anda perlu memikirkan satu cara untuk membayar ansuran bulanan tanpa perlu mengeluarkan duit kocek anda sendiri.

Ingat duit yang masuk kekocek anda ialah aset, dan duit yang keluar dari kocek anda ialah hutang! Jika anda pelik mengapa anda masih lagi tidak hidup senang, inilah punca sebenarnya. Bukannya gaji anda kecik, anda sudah 10 tahun tak promote, boss anda kedekut, isteri anda
habiskan duit anda atau apa juga alasannya.

Sebenarnya punca mengapa sesorang tidak hidup senang ialah mereka menggunakan duit gaji setiap bulan untuk membayar kereta, minyak kereta, rumah, bil astro, susu anak.. semuanya. Sebab itulah setiap hujung bulan akaun bank anda semakin berkurangan...

Jadi apa yang perlu anda lakukan?

Cari punca pendapatan baru!
Jangan hanya bergantung kepada satu punca pendapatan sahaja. Jika satu punca pendapatan bermasalah, anda mempunyai cabang duit lain yang boleh membantu. Banyak punca pendapatan yang boleh anda fikirkan. Antaranya ialah internet, gayapos, mlm, ejen insuran, pasar malam dan banyak lagi yang boleh anda fikirkan.
Cari sesuatu yang sesuai dengan jiwa anda dan impian hidup anda.

Sebenarnya konsep kekayaan ini nampak mudah tetapi impaknya akan membuatkan anda melarat seumur hidup atau anda bakal bergelar seorang jutawan satu hari nanti.
Buka minda anda dan cuba fahamkan.

Keyword: Sudah Mempunyai Sumber Pendapatan Ke-2?

Thursday, April 24, 2008

Hidup Tenang Tanpa Beban Kewangan: PERKEMBANGAN TERBARU URUSINSAN

Salam Sejahtera,





Harap Maklum,
Razif Yusof


Antara Petikan Kata-kata Founder UrusInsan.

Kehendak , Keperluan dan Kemampuan...

Pastikan perkara yang ingin kita lakukan tersebut memberi pulangan kepada diri kita. Jangan jadikan orang lain sebagai acuan, lihatlah keperluan diri kita sendiri dan bukannya orang lain. Sebelum ini saya sering memperkatakan bahawa didalam merancang kewangan kita tidak boleh beremosi, kerana emosi akan mempengaruhi keputusan kita kelak dan biasanya keputusan yang beremosi akan meyusahkan kita kemudian hari. Sebagai contoh, ada diantara yang merancang kewangan untuk mendapatkan sebuah kereta mewah, pada saya apa yang diperlukan hanyalah sebuah pengangkutan, samaada kereta murah atau mewah ianya hanyalah sebuah kenderaan untuk pengangkutan.Yang lebih penting adalah keperluan pengangkutan kita bukannya sebuah kereta mewah. Ada yang mengatakan kepada saya apalah gunanya hidup jika ketika kita mampu kita tidak merasai nikmat hidup seperti memiliki sebuah kereta mewah.

Bagi pendapat saya, saya hanya akan merasai kereta mewah jika saya boleh memilikinya secara percuma atau bukan dari duit penat lelah saya ataupun cukup hanya menyewanya jika saya benar-benar ingin merasainya. Saya tidak perlu memilikinya hanya kerana saya beremosi untuk merasainya. Bagi saya jika sebelum memiliki kereta mewah saya mampu untuk menyimpan RM2000 sebulan dan setelah memiliki sebuah kereta mewah saya hanya mampu menyimpan RM500 sebulan, itu adalah satu pembaziran dan satu perbuatan bodoh hanya kerana kita tidak boleh menahan nafsu dan terlalu beremosi. Tiada yang suka dipanggil bodoh, namun itulah hakikat sebenarnya,


Keyword: Anda Bersetuju Atau Tidak?


Wednesday, April 23, 2008

E-Book MasKahwin Yang Hilang

Salam Sejahtera,

Agaknya anda dah pernah mendengar berkaitan ebook ini?
Ataupun anda sudah pun memilikinya?

Alhamdulillah,
Saya sendiri telah memilikinya dan sudah beberapa kali membacanya.
Ketika itu harganya masih RM18.00.
Pada saya, olahan dan cara penggunaan bahasa En Suhaimy amat mudah difahami.

Mas Kahwin Yang Hilang?

Mungkin dengan tajuknya MAS KAHWIN pada kita hanya sesuai untuk orang nak kahwin je...
Jika itu pendapat anda, silap besar kata orang...
Ya, sebenarnya ianya meliputi asas kepada sistem kewangan kita dan juga fakta kehidupan.
Banyak fakta kehidupan yang kita lupa. Kita tahu, tetapi kita lupa.
Jadi saya berpendapat eBook Maskahwin Yang hilang ini adalah penyelesaiannya.
Ianya bukan saja teknik jana wang, pengurusan kewangan juga dikepilkan bersama...
Anyway.. Itulah yang sebenarnya.
Simple words, this eBook is Good, Helpful and Informative...

Apa yang ada dengan eBook ini?

Teknik Bagaimana anda dapat menguruskan kewangan anda dengan betul dan berkesan.
18 Tips, bagaimana anda dapat berjimat dan mengumpulkan wang anda sehingga RM10,000 dengan mudah.
6 Cara bagaimana anda dapat mengurangkan serta mengawal hutang anda.
Begaimana mengelakkan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh orang ramai apabila cuba mengatasi masalah kewangan mereka.
Bagaimana mengawal dan melangsaikan hutang anda dengan cepat
7 Cara bagaimana meningkatkan pendapatan anda
CONTOH Bagaimana seorang pemuda menjana pendapatan sehingga RM3,000 dalam masa 5 jam dengan hanya berdiri di khalayak ramai. (Bukan meminta sedekah)
Ketahui rahsia bagaimana memperolehi rezeki yang melimpah ruah seperti yang telah dijanjikan oleh Allah khusus untuk mereka yang ingin mendirikan rumahtangga.
Serta berbagai lagi rahsia serta tips yang menarik yang boleh dijadikan panduan hidup anda di dalam mengharungi kehidupan sebelum dan selepas perkahwinan.

Keyword: Berapa Nilai RM15 Anda?



Tuesday, April 22, 2008

Pendapatan AKTIF & Pendapatan PASIF

Salam Sejahtera,

Apakah Pendapatan Aktif:
Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja.
(Lebih 90% orang kerja makan gaji!)

Apakah Pendapatan Pasif:
Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa henti!
(Kurang 10% orang mengggunakan teknik ini!)




Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak
wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang mereka miliki.

Mereka bebas untuk:
- menonton wayang & 'menginternet' di Starbucks ;)
- sarapan pagi & baca harian metro diwarung!
- bersantai dipantai tanpa gangguan!
- shopping tanpa perlu beratur!
- melihat anak-anak membesar!

Oleh kerana hasil pendapatan mereka banyaknya daripada pasif,
mereka mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan.

Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan
orang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana
seperti yang anda lihat. Doktor pakar dan doktor gigi tidak
mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka.

Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa
sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa
dengan setiap pesakit tersebut. Ianya aktif.

Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakkan
daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak
kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti
kebanyakkan daripada kita.

Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif? Jika anda bijak,
anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan
memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka
ketika waktu yang anda mahukan.

Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif
setiap tahun!

Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda
buat kajian :

* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
* Pelakon yang mendapat bayaran royalti
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
* Pencipta software yang menerima royalti
* Pencipta permainan video mendapat royalti
* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah

Sebelum anda pergi tidur malam ini, tanya kepada diri anda soalan ini:

Berapa peratuskah dalam sehari masa yang saya luangkan untuk mencipta pendapatan secara pasif?

Jika jawapan anda ialah tiada, anda mempunyai masalah.
Adalah lebih baik apabila anda bangun keesokkan harinya dan mula sibukkan diri anda.

Nasihat saya jika anda kini bergantung sepenuhnya pada pendapatan aktif, masanya sudah tiba untuk anda mencuba pendapatan pasif yang saya senaraikan diatas tadi. Semoga kita sama-sama berjaya didalam pendapatan pasif kita. InsyaAllah

Keyword: Yang Mana Pilihan Kita?

Monday, April 21, 2008

Ebook PERCUMA Untuk Anda

Sebuah ebook yang bertajuk ‘Panduan Menghadapi Krisis Kewangan’ hasil penulisan saudara Mohd Fazdlie ini banyak memberi panduan khususnya bagi mereka yang mengalami masalah atau krisis di dalam kewangan.

Saya telah pun memuat turun/download ebook tersebut. Gaya penyampaian saudara
Mohd Fazdlie di dalam ebooknya ini mudah untuk difahami, teratur serta ianya tidak meleret atau menyimpang dari tajuk sebenarnya.

Terdapat sebanyak 7 tips atau panduan yang berkesan untuk dipratikkan khususnya bagi mereka yang mengalami masalah di dalam kewangan.

Hasil dari pembacaan dan pemahaman saya ebook ini banyak berkisarkan kepada :
1) Pengurusan di dalam perbelanjaan;
2) Menyingkap perkara yang tidak harus kalian lakukan sekiranya mengalami krisis kewangan;
3) 5 cara efektif untuk mengurus dan menyelesaikan hutang;
4) Tindakan sebelum kalian membuat sesuatu pembelian;
5) Nasihat penting sebelum kalian membuat pinjaman;


Jika kalian belum memiliki ebook percuma ini, dapatkan ia sekarang.
Untuk memperolehinya, >> DOWNLOAD DI SINI.

Sumber: Menyingkap Segala Elemen

Keyword: Ilmu Ada Dimana-mana

Sunday, April 20, 2008

Memahami Kad Kredit

Salam Sejahtera,
Isu penggunaan kad kredit seringkali dibincangkan.
Jika 18% faedah yang dikenakan dikatakan tinggi mungkin kadarnya akan terus meningkat.
Jadi perlulah kita memahami caj-caj yang dikenakan.


Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kedai saudagar. Walau bagaimanapun, jika anda tidak menggunakannya secara berhemat atau gagal membuat bayaran bulanan, anda mungkin telah berbelanja di luar kemampuan anda dan terjerumus ke kancah kemelut kewangan.


MEMAHAMI CAJ-CAJ YANG BERKAITAN DENGAN KAD KREDIT

Memahami jenis-jenis caj yang terlibat dalam penggunaan kad kredit adalah penting. Selagi anda menggunakan kad kredit secara berhemat dan menjelaskan bayaran dalam tempoh yang diberikan, anda tidak perlu risau dengan caj-caj tambahan.

Berikut adalah caj-caj yang lazim dikenakan ke atas anda:
  • Yuran penyertaan
    Pengeluar kad kredit mungkin akan mengenakan yuran penyertaan kad kredit. Bayaran ini dikenakan sekali sahaja. Yuran ini mungkin berbeza antara satu institusi pengeluar kad kredit dengan yang lain.

  • Yuran tahunan
    Ini adalah yuran sama rata yang perlu dibayar setahun sekali. Anda dikehendaki membayar yuran tersebut walaupun anda tidak pernah menggunakan kad kredit anda. Yuran tahunan biasanya adalah di dalam lingkungan RM60 hingga RM90 untuk kad klasik dan RM130 hingga RM195 untuk kad emas.

  • Caj kewangan (faedah)
    Ini adalah caj yang dikenakan kepada anda oleh pengeluar kad kredit ke atas baki yang tidak dijelaskan selepas tarikh tamat tempoh. Caj ini biasanya dikira berdasarkan baki harian. Anda dinasihatkan supaya meminta pengeluar kad kredit anda memberi penjelasan mengenai kaedah yang digunakan untuk mengira caj kewangan ini kerana jumlahnya akan bertambah sekiranya anda tidak membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan.

  • Yuran pendahuluan wang tunai
    Ini adalah yuran yang dikenakan bagi setiap kali pendahuluan wang tunai diperoleh. Yuran ini biasanya 3% hingga 5% daripada jumlah pendahuluan wang tunai yang diambil dan merupakan tambahan kepada caj kewangan yang dikenakan ke atas jumlah pendahuluan yang diberikan kepada anda. Caj kewangan dikira bermula daripada tarikh wang tersebut diambil atau apabila jumlah tersebut tercatat ke dalam akaun kad kredit anda. Jumlah pendahuluan wang tunai ini mungkin dihadkan untuk setiap pelanggan.

  • Caj bayaran lewat
    Ini adalah caj yang dikenakan jika anda gagal untuk menjelaskan sekurang- kurangnya jumlah bulanan minimum sebelum tarikh yang ditetapkan. Jika pembayaran dibuat selepas tempoh tanpa faedah berakhir, anda bukan sahaja dikenakan caj kewangan ke atas baki belum jelas tetapi juga caj bayar lewat ke atas jumlah bayaran minimum bulanan.
SUMBER: PUSAT KHIDMAT ADUAN PENGGUNA NASIONAL

Keyword: Berbelanja Melebihi Pendapatan?

Saturday, April 19, 2008

10 Tips Pengurusan Kewangan

Maklumat yang dikongsi diambil dari sebuah forum di laman sesawang.

Tips pengurusan kewangan terbaik
kalu nak selamat lew!

1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan

Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.

Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding

kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.

Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.

Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.


2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)

Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.


3. Lunaskan hutang kad kredit

Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang..yang BESAR!


4. Mencarum dalam pelan persaraan

Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.


5. Menabung.

Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.


6. Melabur.

Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan.


7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja

Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.


8. Semak liputan insurans

Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.


9. Kemas kini wasiat

Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat.


10. Simpan rekod kewangan dengan baik

Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.


Akhir kata: elak pape untuk bergaye! jauhkan diri dari Along kalu tak ttp terlolong!

Keyword: Kuatkan Pertahanan Sebelum Menyerang

Thursday, April 17, 2008

AKPK: Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit

>>> Amalkan Pengurusan Kewangan Secara Berhemah <<<

AKPK adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada April 2006, untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan kredit dan kaunseling kewangan kepada individu, serta memberi pendidikan kewangan supaya para individu mampu mengawal kedudukan kewangan mereka di kala mendapat ketenangan daripada
penggunaan kredit yang bijak.




Salah Sebuah Kisah Dari Laman Web AKPK

"Yang Baik Jadikan Teladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan"

Dr Azam seorang doktor muda yang berjaya. Pada usia 28 tahun, beliau telah pun memiliki dua kereta mewah serta sebuah rumah yang cantik hasil dari titik peluh beliau sebagai seorang doktor. Sememangnya beliau telah ditakdirkan untuk hidup mewah dan berjaya pada usia muda. Justeru beliau terus berusaha dan bekerja keras untuk mendapatkan apa yang diingini. Dr Azam percaya wang boleh membeli apa sahaja. Beliau banyak bergantung kepada kad kredit dan hampir semua benda yang dimiliki dibeli dengan menggunakan kad kredit. Dr Azam memiliki gaya hidup mewah, menggemari barangan berharga dan gemar dengan perhatian yang diberi orang ramai apabila melangkah bergaya dengan sepasang kasut yang mahal serta kot yang ditempah khas. Dr Azam tahu dengan berpendapatan sebanyak RM7,000 sebulan hasil dari tugasan di sebuah klinik swasta akan membawa beliau kepada kebebasan kewangan. Beliau tidak sedikit pun bimbang dengan masalah yang mendatang.

Dr Azam tidak merasa bimbang atas segala perbelanjaan yang dibuat. Beliau telah mendapatkan pinjaman untuk mengubahsuai rumah ibu beliau dan menghiasi rumah tersebut dengan perabut berjenama dari Itali. Kesenangan beliau mendapatkan pinjaman wang telah disalahgunakan. Beliau tidak tahu mengurus wang secara berhemah, kurang pengetahuan akan kepentingan menabung malah terus berbelanja mengikut kehendak beliau. Apa yang beliau tahu hanyalah berbelanja dan mendapatkan apa yang diingini. Tanpa disedari, Dr Azam telah terjerat di dalam kancah kewangan setelah hutangnya berkumpul sebanyak RM400,000 dari pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan dan juga kad kredit.

Pada mulanya Dr Azam tidak percaya dengan bebanan hutang yang dimiliki dan beliau tidak faham kenapa seseorang yang mempunyai pendapatan yang baik boleh terjebak dengan bebanan hutang yang banyak. Walaupun beliau berjaya tetapi disebabkan oleh tidak mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan kewangan, beliau telah masuk ke kancah hutang. Dr Azam cuba sedaya upaya untuk tidak mengendahkan hutangnya tetapi semakin dihindari semakin perit bebanan yang ditanggungnya.

Akhirnya, Dr Azam telah mendapatkan perkhidmatan dari AKPK. Disebabkan oleh beliau sendiri masih lagi bujang dan mempunyai hanya seorang tanggungan iaitu ibu beliau, Dr Azam telah dinasihatkan supaya menjual salah sebuah rumah yang dimiliki beliau demi meringankan beban hutang bulanan. Beliau bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh AKPK dan langkah diambil untuk menyelamatkan beliau dari terus dibebani hutang di masa depan. AKPK telah berjaya menyelamatkan sejumlah 45% daripada bayaran bulanan hutang beliau. Dengan mempunyai pendapatan bulanan yang stabil serta dibekalkan dengan nasihat kewangan dari AKPK, Dr Azam kini melalui kehidupan yang sejahtera demi menyelamatkan kedudukan kewangan di masa hadapan.

* Nama yang tertera bukan nama sebenar

Keyword: Mencegah Lebih Baik Dari Merawat

Tuesday, April 15, 2008

Duit Saku (Pocket Money)

is a financial education website
(by Bank Negara Malaysia) targeted towards Malaysian children (7-17).

It is designed especially to help children understand what is financial management and why financial planning is important for their future welfare.



The website is equipped with information and game activities that serve the above purposes.
So, Enjoy!

Keyword: Kembali Kepada Asas

Monday, April 14, 2008

Graduan Muda: Mula Uruskan Wang Anda Sekarang!

Graduan Muda: Mula Uruskan Wang Anda Sekarang!

Saya tahu, anda graduan muda ada ego. Siapa mahu bekerja di bawah terik mentari? Siapa mahu mengutip tin-tin kosong, suratkhabar lama dan menjualnya kembali. Siapa lah yang sanggup berjual di pasar malam. Apatah lagi menebalkan muka untuk membuat jualan direct selling. Tapi ia bukan salah anda, memang anda diajar menjadi seorang pengurus. Anda tidak diajar menjadi kuli atau menjadi bos.

Pekerjaan idaman anda adalah pekerjaan bertali leher, berstatus pegawai dan eksekutif, pejabat berhawa dingin. Ada setiausaha, ada kerani yang menyiapkan kerja-kerja remeh temeh. Gaji masyuk. Itu lah yang terbayang di mata anda bukan?

Akhirnya, dengan gaji hampir RM 2000, anda akhirnya membuat keputusan untuk membeli sebuah kereta baru. Sekarang ini macam-macam ada. Ada Myvi, ada Savvy, ada Viva, ada Gen2. Yang pasti ia mesti baru. Pinjaman kereta 9 tahun pun tidak mengapa. Apalah sangat pembayaran bulan-bulan berjumlah RM 600. Aku seorang eksekutif muda! Mesti ada gaya, mutu dan keunggulan.

Begitulah tindakan pertama rata-rata eksekutif muda. Membeli kereta. Kereta baru. Tempoh pinjaman 9 tahun. Tetapi ramai terlupa. Terlupa yang sesungguhnya yang anda sudah membelanjakan 1/3 pendapatan bulan-bulan untuk kereta, malah jika dicampur kos tol dan minyak, sebenarnya anda sudah membelanjakan 1/2 pendapatan hanya untuk kereta.

Ada yang marah bila dikatakan, “Buying a car is the most stupid thing to do.” “Kalau takde kereta, macam mana aku nak bergerak?” Terpulang. Saya tetap bersetuju sesungguhnya membeli kereta adalah antara tindakan bodoh seorang eksekutif muda. Untuk tempoh 5 tahun pertama, cukuplah beli kereta serendah RM 5,000 dan bukannya RM 50,000. Sekurang-kurangnya anda tidak jadi orang paling bodoh dengan membuat pinjaman 9 tahun untuk sebuah liabiliti.

1/3 pendapatan anda seharusnya disimpan. Saya ulang, disimpan. Buat satu akaun simpanan khas dengan segera. Saya sebut simpanan dan bukannya perlindungan insurans mahupun pelaburan unit amanah. Simpanan adalah simpanan. Jangan campur adukkan simpanan dengan perkara lain.

RM 1000 x 12 x 9 = RM 108,000.

Graduan muda, anda pilih sama ada mempunyi sejumlah simpanan wang tunai sebanyak ini untuk tempoh 9 tahun atau anda memilih sejumlah itu untuk dileburkan demi sebuah kereta?

—————————————————————

Artikel ini disumbangkan oleh Cashflow Club BicaraJutawan.com.

Simulasi pelaburan Cashflow 101 mengajar anda menyimpan dari
30%-50% pendapatan sebulan anda. >>>Maklumat Lanjut<<<

—————————————————————

Keyword: Uruswang Perlukan Guru

Sunday, April 13, 2008

Permainan Pelabur Bijak

Salam Sejahtera,

Salah satu Permainan Pelabur Bijak yang boleh
membantu dalam menambahkan ilmu pelaburan didalam diri masing-masing.



Antaranya:
  • Biarkan wang bekerja untuk anda
  • Lima jenis pelaburan asas
  • Memilih saham
  • Apakah khidmat yang boleh broker lakukan untuk anda
  • Membaca Halaman Saham
  • Peraturan "Emas"
Permainan Pelabur Bijak telah direkacipta oleh Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC).

Keyword: Permainan Minda

Saturday, April 12, 2008

Nilai Wang Anda

Suatu Artikel Dari Laman Irwan Dahnil yang boleh dikongsikan bersama...
***
Assalamualaikum

Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya:

“Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah.”

Dia menyambung “Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki”

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada 40 saya sedekahkan rm10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau tak saya anggap saya sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga amalan kawan saya.

Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang. Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan kat dia. Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.

Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka.

“Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kam sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya. ” (Surah al-Baqarah, ayat 272).

Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang berkata kepada Nabi saw., “Sedekah yang mana yang lebih utama itu?” Nabi bersabda, “Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan berkeinginan (harish).”

Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari ‘Uqbah ia mendengar Rasulullah bersabda, “Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekanya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat .”

Sekdar utk berpesan. Semoga ada manfaat.

Wassalam .

Keyword : Percaya Pada Rezeki

Friday, April 11, 2008

PAKEJ JIMAT (Artikel 1st ed. + 2nd ed )

TAWARAN INI TELAH TAMAT !

Keyword: Apabila UrusInsan Bercakap Tentang Pelaburan Terbaik?

Thursday, April 10, 2008

Hidup Tanpa Hutang?

Salam Sejahtera,

Disini ingin berkongsi coretan seorang teman, abede dari Perkampungan KMC.
Majoriti yang telah berjaya menguruskan kewangan percaya kata-kata abede ini adalah benar.

Mari kita ikuti bersama kisah beliau...

"Ilmu pelaburan saya tak pandai tetapi bagi saya utk berjimat dan mengurus pendapatan dengan lebih berkesan dan berkat adalah dengan menghindari dari hutang dan menyelamatkan diri dari bebanan tanggungan interest.

Manusia masa kini saya lihat terlalu bergantung dengan berhutang lantas menjerat leher sendiri dengan bebanan interest hasil dari undang-undang ciptaan kapitalis yang sememangnya bertujuan utk mencari keuntungan dengan cara menindas.

Manusia kini lebih suka berbelanja dengan membeli sesuatu yang pada hakikatnya mereka tidak mampu membeli pun iaitu dengan mengamalkan konsep berhutang. Tak kiralah dari barangan terkecil ataupun barangan besar seperti kereta dan rumah.
so sekali anda berhutang maka anda telah terjerat dengan bebanan interest....
Maka duit pencarian sebahagian dari tempoh hayat hidup anda bekerja terpaksa diberikan secara percuma kepada bank sebagai interest.

Cuba anda fikir..kearah manakah paling banyak duit anda dihabiskan? adakah utk makan minum, pakaian, atau melancung? saya rasa tidak...paling banyak duit korang habis adalah dengan membayar interest bank...berpuluh-puluh ribu malah ada yang sampai beratus ribu membayar interest rumah dan kereta tak termasuk barang-barangan lain lagi tu...

Sekiranya anda tidak berhutang dan gaji anda RM2000 sebulan saya yakin dlm masa 4 tahun sahaja anda akan mampu memiliki sebuah rumah yang berharga RM80k dengan bayaran cash...

Untuk orang yang hidupnya sekarang dah berhutang mungkin korang tak percaya tapi hakikatnya kalau korang dari awal bebas hutang korang pasti boleh buat...

Saya dah kawin selama 10 tahun..isteri saya tidak bekerja sejak 10 tahun yang lepas. Sekarang saya ada 5 orang anak.

Gaji saya semasa kahwin dulu basic cuma RM2000 sebulan dan sekarang pun cuma RM3000++ saja namun alhamdulillah berkat tidak berhutang dari dulu sampai sekarang saya mampu memiliki sebuah rumah (harga cuma dlm89K saja), 3 lot tanah(44K) dan juga 3 biji kereta 1 wira 2 lagi kereta antik kereta mini dan juga morris minor tanpa berhutang... motor ada 8 biji
(moto antik la..hehe)

Ditambah keberkatan yang dikerniaNya juga saya dapat menunaikan umrah dlm tahun 2005..alhamdulillah..
Konsep saya cuma buat simpanan sekurang-kurangnya RM1000 sebulan...Kalau ada lebih simpan la lebih..

Tengok:
sebulan 1K maka setahun = 12K
dicampur dengan bonus setahun RM3K => 15K
selama 4 tahun maka 15x4 = RM60

So utk 4 tahun lebih saja kalau campur duit EPF dah boleh beli rumah cash..tapi beli rumah yang sesuai la jangan duk simpan nafsu rumah ratus-ratus ribu..sabarrr...
lagi 4 tahun boleh tukar rumah lagi besar tanpa perlu pinjam lagi..
lagi 4 tahun simpanan dapat lagi RM60 ..harga rumah lama mesti dah meningkat katalah jadi RM100k so kalau jual dah boleh beli rumah lain yang berharga RM160K cash.
Ini pengiraan kalau kerja sorang..kalau macam korang gaji banyak dan kerja 2 orang lagi la hebat...

Ini bukan cerita dongeng ini betul-betul terjadi dan contoh kiraan diatas adalah kiraan kasar saja nak bagi korang faham..tapi konsep dia macam tu je..dengan syarat nafsu jangan le besar.
Konsep saya kalau saya tak dapat beli dengan cash maknanya saya tak mampu la dan saya tak akan beli...<>pastu nak tukar rumah lain yang elok sikit pun boleh

Pendek kata kalau tak berhutang memang berkat...

so janganlah berhutang..boleh ke korang buat? "

Bagaimana?
Inilah kisah benar dari abede. Realiti kehidupan seorang lelaki di Malaysia.

Keyword: Anda Percaya Anda Juga Boleh Lakukan?

Tuesday, April 8, 2008

Bapa Kaya Bapa Miskin

Salam Sejahtera,

Salah sebuah buku yang amat popular dah boleh dijadikan rujukan buat semua.

Ianya adalah buku buku Rich Dad, Poor Dad (RDPD) yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu.

********************************************************
Bapa Kaya Bapa Miskin
(Edisi Bahasa Melayu Rich Dad Poor)

Author: Robert T. Kiyosaki

Binding: Softcover, 194 pages
Publisher: Rhythm Publishing Co. Sdn Bhd (2006)

ISBN: 983068217X

Price: RM35.00


Synopsis

BUKU YANG MENGGEGARKAN DUNIA KEWANGAN'
J.P. Morgan Company menyatakan "Rich Dad Poor Dad: Buku yang mesti dibaca untuk menjadi Jutawan." - The Wall Street Journal

Robert Kiyosaki mengajar bagaimana untuk menjadi jutawan Itulah sebabnya beliau digelar guru jutawan.

"Sebab utama orang menghadapi masalah kewangan adalah kerana mereka belajar di sekolah bertahun-tahun tetapi tidak mempelajari apa-apa tentang wang. Akibatnya, mereka menjadi hamba wang ... tetapi tidak pernah belajar supaya wang menjadi hamba mereka."
- Robert T. Kiyosaki
Pengarang Rich Dad, Poor Dad

Bapa Kaya Bapa Miskin akan...

* Menyangkal hakikat bahawa anda perlu berpendapatan tinggi untuk menjadi kaya
* Mencabar hakikat bahawa rumah adalah satu aset
* Membuktikan kepada ibu hapa mengapa mereka tidak bolch bergantung pada sekolah untuk mengajar anak mereka tentang wang
* Menjelaskan dengan sebenarnya apa itu aset dan liabiliti
* Memberitahu anda apa yang perlu diajar kepada anak-
anak tentang wang demi kejayann mereka

"Saya sayangkan anak-anak saya dan mahu memastikan mereka mendapat pendidikan terbaik! Persekolahan tradisional memang penting namun tidak lagi mencukupi. Kita semua perlu memahami tentang wang dan cara wang bekerja."

- Sharon L. Lechter, C.P.A.,

Pengarang bersama Rich Dad's Cashflow Quadrant


Keyword: Kedai Buku Terdekat?

Monday, April 7, 2008

Berjimat, bukan berbelanja! - Pelabur Remaja

Berjimat, bukan berbelanja!

Bayangkan, pada satu petang Sabtu, kamu sedang bersiar-siar di sebuah kompleks membeli belah bersama rakan karib kamu. Tiba-tiba, teman itu memegang kuat tangan kamu sambil mengeluarkan bunyi macam tercekik.

Kamu berpusing untuk melihat apa yang menarik pandangannya dan….alamak! jaket kulit yang kamu berdua idam-idamkan sejak beberapa minggu lalu tapi tak mampu nak beli sebab harganya mahal gila, tetapi hari itu ditawarkan dengan harga istimewa…cuma RM40 sahaja!

Kamu nak menjerit kesukaan - tapi…tunggu dulu….mana ada duit RM40! Dalam poket tak ada, di rumah pun tak ada. Dah belanjakan hampir semua wang saku; yang tinggal cuma tambang bas nak balik sahaja!

Hai nasib! Jaket itu jadi impian sejak Shari bersetuju untuk keluar dengan kamu menonton wayang dan makan malam. Betapa hampa tak dapat memilikinya walaupun peluang berada didepan mata. Semuanya gara-gara menghabiskan wang membeli sepasang kasut yang sekarang ini menyakitkan kaki dan bermain permainan tema yang lebih lembab daripada permainan monopoli. Rasa macam nak hantuk kepala sendiri ke dinding…..

Tak guna menyesal perkara yang sudah berlalu. Lebih baik belajar daripada kesilapan lalu. Apa yang dipelajari di sini ialah jangan habiskan semua elaun atau wang sekali gus.

Apa yang tidak dibelanjakan akan menjadi tabungan. Sama ada kamu seorang yang bertuah kerana mendapat elaun yang banyak atau tidak begitu beruntung kerana mendapat elaun yang kecil - yang penting ialah menabung. Walaupun RM2 seminggu, itu lebih baik daripada tidak menabung langsung. Fikirkanlah; jika kamu menabung RM2 setiap minggu dan telah memulakannya sejak lima bulan lalu, kini kamu sudah ada RM40, cukup untuk membeli jaket yang didamkan.

Keyword: Beli Bila Perlu Bukan Bila Mampu

Sunday, April 6, 2008

Interesting Aspects of Life

Interesting Aspects of Life - Warren Buffet...

There was a one hour interview on CNBC with Warren Buffet, the second richest man who has donated $31 billion to charity. Here are some very interesting aspects of his life:

1. He bought his first share at age 11 and he now regrets that he started too late!

2. He bought a small farm at age 14 with savings from delivering newspapers.

3. He still lives in the same small 3-bedroom house in mid-town Omaha, that he bought after he got married 50 years ago. He says that he has everything he needs in that house. His house does not have a wall or a fence.

4. He drives his own car everywhere and does not have a driver or security people around him.

5. He never travels by private jet, although he owns the world's largest private jet company.

6. His company, Berkshire Hathaway, owns 63 companies. He writes only one letter each year to the CEOs of these companies, giving them goals for the year. He never holds meetings or calls them on a regular basis. He has given his CEO's only two rules.

Rule number 1: do not lose any of your share holder's money.
Rule number 2: Do not forget rule number 1.

7. He does not socialize with the high society crowd. His past time after he gets home is to make himself some pop corn and watch Television.

8. Bill Gates, the world's richest man met him for the first time only 5 years ago. Bill Gates did not think he had anything in common with Warren Buffet. So he had scheduled his meeting only for half hour. But when Gates met him, the meeting lasted for ten hours and Bill Gates became a devotee of Warren Buffet.

9. Warren Buffet does not carry a cell phone, nor has a computer on his desk.

10. His advice to young people:
"Stay away from credit cards and invest in yourself and Remember:

A. Money doesn't create man but it is the man who created money.
B. Live your life as simple as you are.
C. Don't do what others say, just listen them, but do what you feel good.
D. Don't go on brand name; just wear those things in which u feel comfortable.
E. Don't waste your money on unnecessary things; just spend on them who really in need rather.
F. After all it's your life then why give chance to others to rule our life."

Keyword: Who Am I?

Saturday, April 5, 2008

Benda Mudah Yang Susah?

Antara petikan salah sebuah forum yang boleh dikongsi bersama:

" Ini adalah antara cadangan sebenarnya boleh dilakukan...
sanggup dgn tidak je.. Banyak boleh JIMAT

1. potong Astro - tapi ramai dah anggap ni mcm keperluan.. perlu ke?..huhuhu

2. jgn makan kat luar - ha..yg ni praktikal utk dilakukan..if tak tau masak belajar la sesikit.. kat itnet berlambak resepi, siap bergambar lagik..melayu,western etc

3. bwk bekal ke pejabat - ok..ni bleh invest le if takde microwave..beli microwave letak kat opis utk panaskan bekal..beli yg mursmursmurs..

4. beli baju setahun sekali - yg ni lelaki senang nak buat..perempuan?..heheheh..

5. beli baju kat pasar malam - its only a baju anyway..murah ke mahal ke janji tutup aurat..kdg kat pasar mlm baju lawa2 gak..

6. pegi keja naik motor - erm... yg nie mmg masalah ramai org...

8. jual keta sedan pakai kancil - yer. as long kete tu bleh bwk kita dari A ke B, B ke C

9. mlm pasang satu lampu jer dlm rumah - yg ni paling senang nak buat

10. makan breakfast dgn lunch saja. skip dinner (sambil kuruskan badan) - ni pon praktikal...mlm minum milo ke air masak ke...hehhe "

Itu adalah pendapat salah seorang teman... Anda bagaimana?

Keyword: Untuk Apa Kita Berjimat?

Wednesday, April 2, 2008

"MAKLUMAT KEWANGAN 2008 (EDISI Ke-2)"

TAWARAN INI TELAH TAMAT!

Keyword: Apakah Pelaburan Yang Terbaik?

Masa Untuk Boikot Belanda

Salam Sejahtera,

Mungkin semuanya sudah mengetahui tentang kempen untuk memboikot produk Belanda...?
Mengapa? Jika anda belum tahu perlulah anda keluar dulu dari tempurung
dan tengoklah perkembangan dunia hari ini...
Disini saya mahukan tekankan 3 produk utama yang WAJIB diboikot...

Ianya adalah:

1) Minyak-Shell
2) Susu-Dutch Lady
3) Philips-Barangan Elektrik

Mungkin kerana faktor usia yang semakin meningkat membuatkan saya lebih sensitif jika ada yang
mempermainkan agama Islam. Saya kini telah menjalani 1/3 daripada fasa kehidupan.
Saya merasakan ianya juga adalah tanggungjawab saya dan cara terbaik
ialah dengan memboikot barangan Belanda ini...Anda pula bagaimana???
Jika tidak, cukuplah hanya dengan menyebarkan berita ini kepada teman-teman anda.

Maklumat Lanjut: Laman Web Rasmi PPIM

Majlis Fatwa Sokong Boikot Produk Belanda


Keyword: Gunakan Wang Anda Di Jalan Yang Betul

Tuesday, April 1, 2008

Artikel Kewangan 2008 (Edisi I) - Bahasa Melayu

TAWARAN INI TELAH TAMAT!

Keyword: Nilai Ilmu Lebih Bermakna

Infoprenuering = Peniagaan Maklumat

Download Page VisiJutawan dibawah...

Salam Sejahtera,

Saya mulakan blog Do-It Info ini dengan satu perkataan, :::Infoprenuering:::

Infoprenuering = Peniagaan Maklumat. Apa ianya perniagaan maklumat?
Bagi saya ianya bukannya hanya mencari keuntungan tetapi adalah lebih kepada menyampaikan kepada yang memerlukan. Ianya bukan secara paksaan, bukan secara tipu helah tetapi ianya terpulang kepada yang ingin dan dahagakan ilmu yang pastinya akan memberi manfaat kepada semua...

Tak lupa juga ingin saya berkongsi sedikit maklumat.
Sudahkah anda membaca Buku Secret of Self-Made Millionaires?

Bak kata seorang teman, ramai orang yang cakap nk capai Financial Freedom tapi tak sedar terdapat 2 lagi peringkat dibawah Financial Freedom perlu dicapai sebelum melangkah ke dunia kebebasan kewangan.

Sebenarnya terdapat 4 peringkat kekayaan iaitu:

1. Financial Stability
Dana anda mestilah cukup untuk menampung kos hidup sekurang-kurangnya selama 6 bulan (tanpa bekerja) dan anda mesti memiliki perlindungan insuran secukupnya jika anda ditimpa kemalangan atau musibah.

2. Financial Security
Hasil pelaburan anda memberi pulangan yang cukup utk menampung kos keperluan asas.
Jika anda tidak lagi bekerja anda juga tidak perlu merempat.

3. Financial Freedom
Ini adalah peringkat yang diidamkan oleh ramai orang.
Hasil pelaburan anda cukup utk menampung kos gaya hidup anda sekarang tanpa memerlukan anda bekerja. Jika anda bekerja sekalipun demi keseronokan.

4. Financial Abundance
Peringkat ini, pelaburan anda memberi pulangan yang mencukupi utk menampung kos gaya hidup yang anda impikan tanpa perlu bekerja. Dapat menjalani gaya hidup yang cukup mewah tanpa bekerja. (jangan pula melabur di tempat yang nyata haram)

Jadi, buatlah Langkah Demi Langkah dan Insya Allah anda boleh berjaya.
Yang penting tetapkan matlamat, mulakan perancangan dan laksanakan.

Keyword: Perniagaan Tetap Perniagaan, Kawan Tetap Kawan

----


Download Page Visi Jutawan

Pertama sekali, terima kasih kerana sudi
mendapatkan Panduan Untuk Menjadi Kaya Raya ini.

Sila klik link download dibawah untuk dapatkannya :

Username : visijutawan
Password : 564qwe

1. Pengenalan Visi Jutawan
--> http://www.visijutawan.com/bonus/pengenalan.zip

2. Koleksi Terbaik Pengurusan Kewangan Malaysia
--> http://www.visijutawan.com/bonus/panduanutama.zip

2. Bonus 1 Pilihan
--> http://www.visijutawan.com/bonus/bonus1.zip

3. Bonus 2 Pilihan
--> http://www.visijutawan.com/bonus/bonus2.zip

Semoga panduan ini memberikan manfaat buat anda.

Anda digalakkan untuk memberikan panduan ini
kepada orang lain dengan syarat, mereka mestilah mengisi nama dan
email di laman web asal iaitu

www.visijutawan.com