Thursday, August 28, 2008

Bajet oh bajet...

Nukilan ringkas dari Husaini Hussein

Isu Bajet 2009? Jom cakap pasal bajet...

"Saudara ada bajet bulanan untuk saudara sekeluarga?", tanya A kepada B.
"Bajet bulanan? Keluarga saya kecil sahaja. Tak perlu bajet bulanan. Ada duit, beli. Tak ada duit, tak perlu beli." Jawab B bersahaja.

Bajet Bulanan penting untuk menguruskan kewangan seseorang supaya sentiasa berada dalam keadaan stabil. Kita cuma perlu beberapa minit sahaja untuk diluangkan membuat Bajet Bulanan ini yang mampu membuat anda untung berbulan-bulan lamanya. Nampak tak 'pelaburan' yang telah anda buat? Beberapa minit yang anda luangkan mampu memberikan anda keuntungan berbualn-bulan! Dengan Bajet Bulanan, kita dapat mengawal aliran keluar duit. Kita tahu kemana duit kita disalurkan setiap bulan. Dalam Bajet Bulanan juga, kita dapat rancang kewangan kita untuk jangka masa panjang. Kita boleh rancang bila mahu beli kereta, tanah, rumah dan sebagainya. Ini mampu meningkatkan taraf ekonomi dan kehidupan nada.

Jika sebelum ini, anda hanya mampu memakai Proton Waja, dengan perancangan
kewangan yang teliti dan berdisiplin, anda mampu membeli sebuah Proton Perdana
V6 yang baru! kan untung tu.


Orang yang tidak membuat atau mempunyai Bajet Bulanan, mereka sering mempunyai masalah kewangan yang agak kronik. Baru dapat gaji, tak sampai tengah bulan, duit sudah habis. Akhirnya, 'Along' yang bertindak sebagai 'ATM Machine' menghulur bantuan. Tapi awas, bantuan dia tidak pernah percuma! Anda perlu membayar semula beserta 'bunga'nya sekali. Ketiadaan Bajet Bulanan juga membuat seseorang berada di takuk yang lama. Tiada sebarang perubahan dalam dirinya walau telah hampir 20tahun bekerja makan gaji! Orang lain 20 tahun makan gaji telah berjaya membeli sebuah rumah kos sederhana dengan sebuah kereta Proton Pesona. Jadi, apa kata untuk pendapatan anda yang seterusnya, anda buat Bajet Bulanan anda sendiri. Tak ambil masa yang lama. Yang penting, anda duduk dalam keadaan yang tenang dan mula menulis segala perbelanjaan anda pada bulan itu. Jangan lupa, dalam bajet itu nanti, jangan belanjakan semua! Tinggalkan dalam RM200-RM400 sebagai persediaan menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini untuk bulan itu. Jika tiada apa-apa berlaku, maka duit itu anda boleh simpan dalam bank. Cukup masa, boleh beli rumah banglow sebiji! =)

Tuesday, August 26, 2008

Saranan Percuma Sesuatu Yang Merugikan???

Saranan ‘percuma’ termasuk daripada rakan boleh jadikan situasi lebih huru-hara

MEMASUKI alam pekerjaan bukan sekadar satu impian tetapi satu kemestian. Suka atau tidak, seiring anjakan usia, kehidupan harus diteruskan bukan lagi dengan pembiayaan ibu bapa tetapi sendirian berhad (sendiri). bagaimana caranya untuk menampung keperluan ini? Tentunya dengan bekerja.

Seawal menjejakkan kami ke alam pekerjaan, anda pastinya menerima pelbagai nasihat kewangan…secara percuma. Jangan boros, perlu berjimat dan elakkan berhutang kad kredit. Ini sememangnya nasihat yang bagus.

Tetapi AWAS!!! Tidak semua nasihat, pesanan, petua dan pantang-larang kewangan yang anda terima itu bagus. Salah pertimbangan, kedudukan kewangan anda akan menjadi lebih huru-hara.

Penulis kolum kewangan The Wall Street Journal, Jonathan Clements, menyebut mereka yang baru menceburi bidang pekerjaan sering kali diberikan nasihat kewangan secara percuma dan kebanyakan nasihat itu tidak membantu sebaliknya mampu menimbulkan pelbagai masalah.

Empat `nasihat’ popular di bawah, kata Clements, adalah antaranya.

1. Himpun/Kumpul Tunai

Seawal menceburi dunia pekerjaan, pasti ramai yang menyimpan pelbagai cita-cita - membeli kereta, rumah dan tidak ketinggalan melabur dalam pasaran saham.

Tetapi, ramai pakar kewangan berpendapat perkara paling penting yang harus dilakukan adalah membuat simpanan untuk kecemasan sekurang-kurangnya enam bulan jumlah perbelanjaan harian.

Hakikatnya, kata Clements, nasihat ini tidak realistik. Sekalipun anda menyimpan 10 peratus daripada pendapatan selepas pembayaran cukai, anda mungkin mengambil masa yang lama untuk membuat simpanan sebanyak itu.

Memburukkan keadaan, katanya, dalam memastikan simpanan kecemasan terus kukuh, ramai yang mengabaikan tabungan atau caruman yang lebih penting seperti skim kemudahan pekerja atau simpanan bagi pembelian rumah.

Nasihat beliau, lupakan tabungan untuk waktu kecemasan ini sebaliknya pastikan caruman dalam skim kemudahan pekerja, yang akan memberi pulangan lebih baik.

Ada simpanan dan nasib terbela sebagai pekerja.

2. Berbelanja mewah (besar)

Beli rumah paling besar yang boleh. Jangan, kata Clements. membuat pinjaman yang besar untuk membeli rumah yang besar dan mahal adalah satu tindakan tidak bijak, katanya. Anda hanya akan menambah beban perbelanjaan bulanan bagi membayar pinjaman perumahan dan mungkin beban membayar kos penyelenggaraan, cukai hartanah dan premium insurans perumahan sepanjang hayat.

Sepatutnya, beli rumah yang seadanya, sesuai dan selesa untuk anda dan keluarga.

3. Beli insurans nyawa

Ejen insurans sentiasa `mendesak’ pekerja muda, dalam usia 20-an untuk membeli insurans nyawa merangkumi kemudahan pampasan kematian dan simpanan pelaburan dengan alasan ia lebih murah jika dibeli pada usia muda.

Jangan! Kata Clements, pembelian insurans sebegini, yang ternyata mahal hanya akan menjadi pelaburan yang tidak berfaedah jika syarikat anda menawarkan pelbagai skim atau pelan kemudahan pekerja yang melindungi kebajikan anda.

Perlu ingat, tujuan utama membeli insurans nyawa adalah untuk melindungi keluarga anda - anda tidak memerlukannya jika tidak berkeluarga, tiada suami, isteri atau anak. Jika sudah berkeluarga, dapatkan insurans yang hanya menawarkan kemudahan atau pampasan kematian. Itu sudah memadai, kata Clements.

4. Bergerak seiring pertumbuhan ekonomi

Sering kali anda dinasihatkan supaya membuat pelaburan besar dalam pasaran saham pada usia muda kerana pertama, ada masa panjang sebelum bersara dan kedua, cukup masa mengaut keuntungan sebelum pasaran saham jatuh. Ini adalah nasihat yang bagus - secara teori.

Realitinya, anda pasti tidak mahu melabur dalam pasaran saham dan panik ketika pasaran saham merudum. Lebih-lebih lagi, jika anda masih baru dalam `permainan’ ini dan tidak pernah berhadapan dengan krisis kejatuhan pasaran.

Sebaiknya, kata Clements, mulakan pelaburan dengan 60 peratus untuk saham dan 40 peratus bon. Jika anda tidak gusar dengan pasang surut pasaran saham, tingkatkan pelaburan saham ke 85 peratus atau 90 peratus satu atau dua tahun kemudian.

Kesimpulannya, jangan terlalu mudah terpengaruh dengan nasihat kewangan dan `termakan’ pujuk mereka yang konon-kononnya bergelar perundingan kewangan. Kenali kedudukan kewangan anda dan rancang perbelanjaan sebaiknya. Berpegang kepada perkara paling asas dan anda pasti tidak akan mengalami masalah kewangan.

Sumber: http://almizan.wordpress.com/

Wednesday, August 20, 2008

Sedikit Ulasan Admin UI



Ulasan Saudara Zaidi yang merupakan Admin UrusInsan..
Sertai forum di :

http://urusinsan.net/forum


Secara umumnya kejayaan sesetengah ahli UI adalah kerana mereka mengambil keputusan untuk berubah dan hanya perlu "Do it" atau dalam bahasa Melayunya "Du it" . Oleh kerana individu-individu ini "Do it" maka mereka pun terima habuan "Duit". Manakala yg lain masih dlm keadaan "wait and see" , oleh kerana mereka tidak "du it" atau ambil apa-apa tindakan, maka kedudukan mereka masih "wait and see", jadi tunggulah sampai bila-bila.

Individu yg berjaya di dalam UI dengan objektif kewangan masing-masing tidak perlu jual nasi lemak (bukan maksud saya menghina mereka yg jual nasi lemak) atau bekerja teruk2 dan sebagainya, malah kebanyakan mereka tidak perlu buat kerja berat atau kerja lebih. Apa yg perlu mereka lakukan hanyalah "Cuci Minda" Mengubah cara mereka berfikir dan "walllah " seperti magic .. semuanya menjadi bertambah senang ..bertambah tenang .. kurang atau tiada lagi hutang ..lebih byk simpanan dan lain-lain lagi perkara baik berlaku kepada diri mereka.

Semua ini adalah merupakn pilihan yang mereka ambil ..mana yg dah buat keputusan utk berubah ... nampak la hasilnya .. mana yg tidak ..ehmm pi mai - pi mai tang tu je laaa.

Jadi ..terpulanglah kepada kebijaksaan anda berfikir untuk gunakan otak anda saamaada sanggup berubah utk kebaikan atau tidak ... untung dan rugi terletak di tangan anda, kami di urusinsan hanya menyediakan tempat untuk anda bermula ... selebihnya terpulanglah kepada anda.

Saving atau simpanan hanya langkah awal, perkara asas atau basic , dan tak heran kalau ada yaag boleh menyimpan 100% dari pendapatan atau 200% pun daripada pendapatan. Ianya hanya langkah awal yang asas yang perlu dilakukan, kalau peringkat ini pun tak lepas dan tak boleh nak kawal.

Rasanya macam mana nak kawal wang yang berjumlah RM1 juta misalnya? Apa selepas simpanan? pelaburan? pelaburan apa? apa selepas pelaburan? pernigaan? perniagaan apa? dan seterusnya, ianya adalah satu proses pembelajaran, proses pendidikan dan peningkatan ilmu. peringkat satu belajar mengurus wang yg ada , menyimpan dan sebagainya.

Selepas itu ada banyak lagi perkara tentang kewangan yang perlu dipelajari, bagaimana nak gandakan wang anda menjadi 2X ganda dalam masa 1 tahun misalnya. Apa yang saya katakan disini bukan skim cepat kaya dan seumpanya tapi satu proses pendidikan dan mencari ilmu.

jadi teruskan usaha anda, buka minda , lagipun anda tidak perlu bekerja siang dan malam untuk mencari wang, dengan ilmu yang betul, wang akan bekerja untuk anda (money never sleep , people do), carilah ilmu nescaya anda akan lebih matang dan setiap pekerjaan itu akan menjadi semakin mudah. Insyaallah.

Adakah anda sudah bersedia untuk menerima ilmu ini? persoalannya ialah ... adakah minda anda sudah bersedia? Anda diantara kita yang mungkin sudah biasa pegang duit ratus-ratus ribu, la nie nak rasa pegang duit juta-juta , bagi yang baru merasa pengang duit ratus-ratus dan ribu-ribu anda perlu belajar dulu pegang duit belas ribu dan puluh ribu dulu baru pegang ratus ribu dan seterusnya ke jutaan. Ingat, ianya satu proses dan ini bukan satu pertandingan siapa cepat dia dapat, anda bukan berlumba dengan orang lain kecuali diri anda sendiri.

Banyak ilmu yang beliau kongsikan disana....



Friday, August 15, 2008

Buatlah Pelaburan Anda!

Simpan atau labur?

Menyimpan adalah salah satu daripada method/kaedah untuk kita mengurus kewangan kita. Kaedah seterusnya adalah dengan melaburkan wang/pendapatan kita. Pelaburan yang dimaksudkan di sini bukanlah pelaburan internet haram yang kononnya menjanjikan pulangan yang tinggi sehingga 200% sebaliknya pelaburan yang sah disisi undang-undang dan terjamin iaitu melaburkan wang kita contohnya ke dalam akaun Amanah Saham atau pun Unit Amanah (Unit Trust). Konsep pelaburan ini adalah untuk menjadikan wang simpanan kita tadi terus berkembang dan memberi perolehan/pulangan yang memuaskan bergantung kepada amaun/dana dan jangkamasa ianya dilaburkan.



Apakah perbezaan di antara wang simpanan dan wang pelaburan?

Akaun simpanan/savings account bermaksud kita menyimpan wang tersebut ke institusi kewangan atau bank-bank yang kebiasaannya memberi pulangan dengan kadar faedah sekitar 1% atau berbentuk bonus sekitar 4% seperti Tabung Haji. Kebiasaannya, wang simpanan digunakan untuk urusan atau transaksi keluar masuk atas tujuan keperluan perbelanjaan penyimpan.

Pengurusan wang simpanan yang terbaik ialah mengeluarkannya hanya untuk tujuan seperti kecemasan, pelajaran dan kegunaan di masa hadapan (pembelian rumah atau pun perkahwinan).

Pelaburan ialah tindakan meletakkan wang/dana bagi satu tempoh tertentu untuk memperolehi kadar pulangan yang dikehendaki. Sebagai contoh untuk tahun lepas kadar pulangan/dividen & bonus bagi pelabur yang menyimpan di Amanah Saham adalah sekitar 8.55% manakala bagi Unit Amanah pula sekitar 10% ke atas. Perlu diingat di sini bahawa walaupun kadar pulangan boleh dijangka, namun ia tidak memberi sebarang jaminan bahawa nilai pulangan yang diperolehi pada tahun berikutnya adalah lebih tinggi berbanding dari tahun sebelumnya. Sebagai seorang pelabur seorang itu harus menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit.

Disiplin dalam mengurus wang simpanan dan pelaburan adalah dengan memahami dan melaksana konsepnya dengan betul. Wang pelaburan seharusnya tidak dikeluarkan (unit dijual) secara kerap kerana secara umumnya pelaburan itu mengambil satu jangka masa yang tertentu untuk memperolehi pulangannya berbanding dengan wang simpanan yang tidak membatasi jangka masa tertentu untuk memperolehi pulangan. Jadi segala urusan atau transaksi keluar dan masuk bolehlah dilakukan secara kerap bergantung kepada keperluan penyimpan.

Mahukan Lebih ilmu pengurusan kewangan berkualiti???
Dapatkan Disini:



Saturday, August 2, 2008

Hidup Tanpa Hutang....

Bolehkah kita hidup tanpa berhutang?

Kebanyakan orang tidak boleh mengelak daripada berhutang. Kita perlu melihat samada perbelanjaan seharian dan bulanan kita itu adalah untuk keperluan atau untuk kemewahan. Kalau ianya untuk kemewahan, maka harus kita tangguhkan perbelanjaannya jika kita tidak mampu pada waktu itu.

Walaupun pada waktu sekarang ini banyak kemudahan kredit yang ada - seperti kad kredit, bayar ansuran dan personal loan - memudahkan orang untuk meminjam wang, dan membenarkan mereka untuk membeli barangan-barangan untuk kemewahan.

Jadi, kita harus melihat kemampuan kita. Jangan terlalu memikirkan untuk meminjam wang, hanya kerana ia mudah untuk meminjam wang! Kadang-kala, adalah jauh lebih baik untuk membeli barangan secara tunai.

Kita mesti fikir : Mampukah kita untuk membayar-balik wang pinjaman itu tanpa gagal pada setiap bulan, sementara pada masa yang sama, kita tidak mengurangkan perbelanjaan seharian yang perlu, seperti makanan seharian, perbelanjaan persekolahan anak-anak, rumah dan sebagainya.

Sebaiknya ialah hutang itu tidak melebihi 30% daripada gaji bulanan. Ia tidak akan memberatkan kita untuk membayar-balik hutang itu setiap bulan.”

===

Ada saranan dari seorang teman:

Bagaimana mendapatkan wang dengan mindset atau minda yang agak berbeza dari orang kebanyakan...

Utk adik2 yang berusia bawah 30 tahun saya ada cadangan terbaik. Mereka yang berusia di bawah 30 tahun boleh apply utk bekerja di United Kingdom sebagai Holidaymaker memandangkan kita di bawah Komanwel. Di sini, peluang utk mendapat duit lebih memang mudah sebab sudah ramai adik2 yang saya kenali di UK boleh membawa pulang 70K - 100K setelah berada di sini selama 2-3 tahun. Kerja kat UK bukan macam kita di Malaysia, di sini kita boleh kerja part-time yang tidak memerlukan kita memerah otak dengan bayaran £6 -£7 sejam (RM42 -49). Bayangkan berapa kita boleh dapat satu hari kalau kerja 7-8 jam..kalah gaji Director kat Malaysia? Bila duit dah banyak…balik ke Malaysia samaada simpan dalam ASB or what so ever (guna utk bisnes dll). Kita akan dapat menuai hasilnya tanpa perlu menunggu usia 55 tahun. Tak guna ada duit 1 juta masa dah tua kalau asyik sakit memanjang. Buatlah macam saya, walaupun saya sebenarnya dah tua (tapi belum masuk 40), malahan dari UK kita boleh tengok dunia luar (travel ke Europe) dgn mudah dan menjimatkan…sejak saya di sini 3 tahun lepas dah 2 kali saya tempah tiket penerbangan percuma (kat UK selalu ada promotion tiket free)…satu penerbangan ke Ireland dan satu lagi ke Sweden. Mana nak dapat benda2 free semudah tu kalau kita terus duduk kat Malaysia. Lagi satu, makanan halal bukanlah payah mana nak dapat sebab banyak Nando’s kat UK menyediakan ayam halal malah Mc D halal pun ada. Yang paling penting….tahu speaking tapi tak semestinya fluent setakat boleh buat ayat tu sudahla. Kat sini juga…handphone biasanya dapat free sekali dgn kontrak …sekarang ni tengah promosi free Hp + Free Playsation 3 atau Free LCD Samsung 17″. Hah…tunggu apa lagi…pi British Embassy dan apply!!! Chow…


KEYWORD:
Dimanakah tempat untuk mempelajari ilmu untuk menguasai minda anda?