Thursday, April 10, 2008

Hidup Tanpa Hutang?

Salam Sejahtera,

Disini ingin berkongsi coretan seorang teman, abede dari Perkampungan KMC.
Majoriti yang telah berjaya menguruskan kewangan percaya kata-kata abede ini adalah benar.

Mari kita ikuti bersama kisah beliau...

"Ilmu pelaburan saya tak pandai tetapi bagi saya utk berjimat dan mengurus pendapatan dengan lebih berkesan dan berkat adalah dengan menghindari dari hutang dan menyelamatkan diri dari bebanan tanggungan interest.

Manusia masa kini saya lihat terlalu bergantung dengan berhutang lantas menjerat leher sendiri dengan bebanan interest hasil dari undang-undang ciptaan kapitalis yang sememangnya bertujuan utk mencari keuntungan dengan cara menindas.

Manusia kini lebih suka berbelanja dengan membeli sesuatu yang pada hakikatnya mereka tidak mampu membeli pun iaitu dengan mengamalkan konsep berhutang. Tak kiralah dari barangan terkecil ataupun barangan besar seperti kereta dan rumah.
so sekali anda berhutang maka anda telah terjerat dengan bebanan interest....
Maka duit pencarian sebahagian dari tempoh hayat hidup anda bekerja terpaksa diberikan secara percuma kepada bank sebagai interest.

Cuba anda fikir..kearah manakah paling banyak duit anda dihabiskan? adakah utk makan minum, pakaian, atau melancung? saya rasa tidak...paling banyak duit korang habis adalah dengan membayar interest bank...berpuluh-puluh ribu malah ada yang sampai beratus ribu membayar interest rumah dan kereta tak termasuk barang-barangan lain lagi tu...

Sekiranya anda tidak berhutang dan gaji anda RM2000 sebulan saya yakin dlm masa 4 tahun sahaja anda akan mampu memiliki sebuah rumah yang berharga RM80k dengan bayaran cash...

Untuk orang yang hidupnya sekarang dah berhutang mungkin korang tak percaya tapi hakikatnya kalau korang dari awal bebas hutang korang pasti boleh buat...

Saya dah kawin selama 10 tahun..isteri saya tidak bekerja sejak 10 tahun yang lepas. Sekarang saya ada 5 orang anak.

Gaji saya semasa kahwin dulu basic cuma RM2000 sebulan dan sekarang pun cuma RM3000++ saja namun alhamdulillah berkat tidak berhutang dari dulu sampai sekarang saya mampu memiliki sebuah rumah (harga cuma dlm89K saja), 3 lot tanah(44K) dan juga 3 biji kereta 1 wira 2 lagi kereta antik kereta mini dan juga morris minor tanpa berhutang... motor ada 8 biji
(moto antik la..hehe)

Ditambah keberkatan yang dikerniaNya juga saya dapat menunaikan umrah dlm tahun 2005..alhamdulillah..
Konsep saya cuma buat simpanan sekurang-kurangnya RM1000 sebulan...Kalau ada lebih simpan la lebih..

Tengok:
sebulan 1K maka setahun = 12K
dicampur dengan bonus setahun RM3K => 15K
selama 4 tahun maka 15x4 = RM60

So utk 4 tahun lebih saja kalau campur duit EPF dah boleh beli rumah cash..tapi beli rumah yang sesuai la jangan duk simpan nafsu rumah ratus-ratus ribu..sabarrr...
lagi 4 tahun boleh tukar rumah lagi besar tanpa perlu pinjam lagi..
lagi 4 tahun simpanan dapat lagi RM60 ..harga rumah lama mesti dah meningkat katalah jadi RM100k so kalau jual dah boleh beli rumah lain yang berharga RM160K cash.
Ini pengiraan kalau kerja sorang..kalau macam korang gaji banyak dan kerja 2 orang lagi la hebat...

Ini bukan cerita dongeng ini betul-betul terjadi dan contoh kiraan diatas adalah kiraan kasar saja nak bagi korang faham..tapi konsep dia macam tu je..dengan syarat nafsu jangan le besar.
Konsep saya kalau saya tak dapat beli dengan cash maknanya saya tak mampu la dan saya tak akan beli...<>pastu nak tukar rumah lain yang elok sikit pun boleh

Pendek kata kalau tak berhutang memang berkat...

so janganlah berhutang..boleh ke korang buat? "

Bagaimana?
Inilah kisah benar dari abede. Realiti kehidupan seorang lelaki di Malaysia.

Keyword: Anda Percaya Anda Juga Boleh Lakukan?

2 comments:

Anonymous said...

hmmm.bagus gak info yang bro beri ni...sy pun dh mula menyimpan...tu pun simpan untuk kahwin...walaupun tak sure lagi bile tarikh yang tepat akan diijabkabulkan...hehehe

Razif Yusof said...

Ini hanya saya berkongsi artikel atau kata-kata yang pernah saya baca dan lalui sepanjang hidup saya. Semuanya adalah asas kewangan sahaja. Semuanya terpulang pada diri sendiri je. Kita hidup nie walaupun tak kaya tapi takdelah sampai merempat... Syukur banyak dah tue...

Simpan utk kahwin??? Boleh tengok maklumatnya disini:

http://doit-info.blogspot.com/2008/04/e-book-maskahwin-yang-hilang.html