Monday, April 7, 2008

Berjimat, bukan berbelanja! - Pelabur Remaja

Berjimat, bukan berbelanja!

Bayangkan, pada satu petang Sabtu, kamu sedang bersiar-siar di sebuah kompleks membeli belah bersama rakan karib kamu. Tiba-tiba, teman itu memegang kuat tangan kamu sambil mengeluarkan bunyi macam tercekik.

Kamu berpusing untuk melihat apa yang menarik pandangannya dan….alamak! jaket kulit yang kamu berdua idam-idamkan sejak beberapa minggu lalu tapi tak mampu nak beli sebab harganya mahal gila, tetapi hari itu ditawarkan dengan harga istimewa…cuma RM40 sahaja!

Kamu nak menjerit kesukaan - tapi…tunggu dulu….mana ada duit RM40! Dalam poket tak ada, di rumah pun tak ada. Dah belanjakan hampir semua wang saku; yang tinggal cuma tambang bas nak balik sahaja!

Hai nasib! Jaket itu jadi impian sejak Shari bersetuju untuk keluar dengan kamu menonton wayang dan makan malam. Betapa hampa tak dapat memilikinya walaupun peluang berada didepan mata. Semuanya gara-gara menghabiskan wang membeli sepasang kasut yang sekarang ini menyakitkan kaki dan bermain permainan tema yang lebih lembab daripada permainan monopoli. Rasa macam nak hantuk kepala sendiri ke dinding…..

Tak guna menyesal perkara yang sudah berlalu. Lebih baik belajar daripada kesilapan lalu. Apa yang dipelajari di sini ialah jangan habiskan semua elaun atau wang sekali gus.

Apa yang tidak dibelanjakan akan menjadi tabungan. Sama ada kamu seorang yang bertuah kerana mendapat elaun yang banyak atau tidak begitu beruntung kerana mendapat elaun yang kecil - yang penting ialah menabung. Walaupun RM2 seminggu, itu lebih baik daripada tidak menabung langsung. Fikirkanlah; jika kamu menabung RM2 setiap minggu dan telah memulakannya sejak lima bulan lalu, kini kamu sudah ada RM40, cukup untuk membeli jaket yang didamkan.

Keyword: Beli Bila Perlu Bukan Bila Mampu

No comments: