Saturday, June 21, 2008

Percuma: Menyertai Kami di Doit-Info

Sila Subscribe Bersama Kami & Mendapatkan Maklumat Terkini
Berkaitan Doit-Info


Saya Mahu Lebih Pintar Kewangan!

Masukkan Nama & Email Anda DiBawah:

Nama:

Email:

Subscribe
Unsubscribe





Tuesday, June 17, 2008

MMenghadapi Kenaikan Harga Minyak dan Barangan

Oleh : Zaidi Ismail

Ramai yang bertanya kepada saya apa yang boleh dilakukan untuk menghadapi kenaikan harga minyak dan kelangsungan kenaikan harga barang. Disini letaknya daya kreativiti dan imaginasi serta perubahan minda yang telah di asuh sekian lama.

Sebagai contoh, dikala orang ramai membeli 10kg sekampit beras dengan harga RM28 hingga RM30 sekampit, saya membelinya dengan harga RM25 sekampit dengan pembelian secara pukal. Dikala orang ramai terpaksa membeli minyak dengan harga RM2.70 seliter, ramai kenalan saya menggunakan NGV dengan harga RM8 untuk 200Km. Begitu juga dengan pelbagai barangan dan keadaan lain.

Antaranya ialah :-

  • Menukar "mindset" pejabat yang berhampiran dengan tempat tinggal kepada tempat tinggal yang berhampiran dengan pejabat dengan melakukan penghijrahan tempat tinggal. Ini lebih mudah dilakukan berbanding cuba untuk berhijrah pekerjaan.
  • Menukar kenderaan sedia ada dari kenderaan peribadi kepada kenderaan awam dengan melakukan "penyewaan" setempat atau lebih dikenali sebagai carpool dari tempat kerja anda ke kawasan sekitar tempat tinggal anda.
  • Pembelian barang keperluan secara pukal. Ahli urusinsan boleh berhubung sesama ahli misalnya untuk berkumpul membeli barangan secara pukal. Misalnya beras yang boleh dibeli dengan harga RM25 secara pukal atau barangan lain. Apa yang diperlukan hanyalah koordinasi sesama ahli yang boleh dilakukan di portal urusinsan yang telah disediakan kemudahan untuk para ahlinya.
  • Mengunakan teknik BT untuk melambatkan kesan pembiayaan barang keperluan dengan pembayaran 10% hingga 30% kadar sebenar pembelian dan selebihnya boleh disimpan di ASB dan Dividen ASB boleh digunakan sebagai subsidi mengekang harga barangan keperluan yang tinggi.
  • Memberhentikan terus perkhidmatan atau kemudahan bukan keperluan dan mengantikannya dengan alternatif yang lebih murah. Sebagai contoh memberhentikan perkhidmatan ASTRO dan Talifon bimbit dan beralih kepada jalur lebar atau broadband , ASTRO = RM50 sebulan (minima) dan Telefon Bimbit = RM50 sebulan (minima) kepada jalur lebar (broadband) mudah alih = RM66 sebulan. Penjimatan sebanyak RM34 sebulan yang boleh digunakan untuk membeli beras beserta barangan keperluan yang lain.
  • Bagi yang memerlukan kenderaan bermotor seperti kereta untuk bergerak, menukar dari Petrol kepada NGV adalah langkah yang lebih menjimatkan. Sebagai contoh, RM8 untuk 200Km dan jika anda bergerak sejauh 50Km sehari, maka kos NGV adalah sebanyak RM2 sehari atau RM60 sebulan. Ianya jauh lebih murah dari petrol dan pada waktu yang sama anda mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Banyak lagi yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesan inflasi selain daripada contoh yang disebutkan diatas, sebagai ahli urusinsan umumnya dan peserta MI khasnya, kenaikan harga minyak tidak begitu memberi kesan kepada anda, ini kerana anda telah sepatutnya lebih mahir mengurus keperluan kewangan anda melalui pelbagai teknik dan kaedah yang telah di kongsi bersama serta melalui peningkatan harta dan pendapatan anda. Gunakan daya imaginasi dan kreativiti anda sepenuhnya untuk menghadapi kenaikan inflasi yang sedang berlaku, sila berkongsi pengalaman serta kaedah yang anda gunakan untuk menghadapi inflasi yang semakin meningkat hari ini didalam forum yang disediakan.

Artikel Dari UrusInsan Founder: Zaidi Ismail



Saturday, June 14, 2008

Isu Minyak Lagi? Jom Jimat Minyak!!!

Apakah Punca penggunaan minyak petrol bertambah?
Jom ketahui teknik menjimatkan minyak kereta yang semakin mahal harganya...


SEBELUM ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta anda cuma dapat bertahan 150 kilometer saja. Ada yang mengatakan kereta anda sudah kuat makan petrol.Penggunaan petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat.

Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki.Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.

Sebenarnya ada beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda.Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak di pasaran.Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah.

Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta.Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan.

Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.

Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kalimemulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi.

Semoga artikel diatas banyak membantu kita.

Keyword: Seliter RM3???


Wednesday, June 4, 2008

Harga Minyak Naik! Cara Berjimat & Pandangan?

Salam,

Pelbagai komen dan satu kejutan apabila harga minyak naik secara mendadak.
Ianya bermakna nilai seliter minyakpetrol sekarang adalah RM2.70.
Jika sebelum ini bajet bulanan untuk minyak adalah RM190, kini akan menjadi RM270.
Jadi? Secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pengguna dan keadaan ekonomi.
Kini, mulai Julai tarif elektrik akan dinaikkan, dan harga barang pastinya akan naik.
Itu adalah perkara yang perlu difikirkan. Disertakan beberapa link dan pandangan beberapa orang teman berkaitan harga minyak ini.

Yang penting,
Apa jua barang yang naik, kita perlu menguruskannya dengan baik!!!!
Semoga kita tidak akan semakin miskin.

Panduan Penjimatan Minyak

Urus Beban Kos Minyak

Harga Minyak Naik Mendadak

Harga Petrok Naik 78 Sen

Bagaimana Menangani Kenaikan Harga Petrol

Petrol Naik 78 Sen, Diesel RM1

Jimatkan Minyak Anda

Harga Minyak Diumum Naik Mendadak

Petrol Naik Rm2.70, Apa Yang Boleh Kita Buat?

Minyak Naik Harga, Nenek Terkeju Di Pam Minyak


Jimatkan Petrol Dengan Ubat Gegat?

78 sen more for fuel, Malaysia Petrol Price increased to RM2.70 effective 5 June 2008! Freaking 40 Percent Increased

Fuel Price Increase to RM2.70

Forum: Bagaimana Berjimat Dalam Situasi Petrol Kian Mahal?

Beberapa Link ke artikel teman-teman akan dikemaskini apabila mereka sudah menulis berkaitan harga minyak naik ini.


Mari kita kira sikit…
Semasa harga RM 1.92 seliter penggunaan minyak saya
sebulan lebih kurang RM300,
setahun lebih kurang RM 3600

RM 3600 setahun ini adalah bersamaan 1875 liter.
Dengan harga baru RM2.70 untuk dapat 1875 liter
saya kena keluar sebanyak RM 5062.50 setahun
RM5062.50 tolak RM3600 = RM1462.50
Bayaran tunai yg akan diberi RM625
So tak cukup lagi nak tampung tu…
Kalau di bagi RM1500 tu baru OK he he he…
Ko guano?

Dulu biasa sekali isi RM50… kini kena isi RM70lah pulok…


Keyword: Bersediakah kita?


Tuesday, June 3, 2008

Mama, Along nak BMX!

Artikel dari Azree Hanifiah tanpa sebarang pengubahsuaian.
Mungkin dapat dijadikan panduan kepada semua.


Ini kisah seorang sahabat baik saya, Husaini sewaktu zaman persekolahannya.

Sewaktu dia baru memulakan alam persekolahannya, dia hanya menunggang basikal kampung. Ala-ala basikal perempuan. Ada raga di depan handle basikal tersebut.

Sehinggalah apabila dia naik darjah dua, kawan-kawan mula mengejek.

“Adoi, malunya kau naik basikal perempuan.”

“Kau ni laki ke perempuan. Ha ha.”

Ramai kawan-kawannya pada waktu itu menunggang basikal BMX. Paling koman pun naik basikal yang tiada raga di hadapan. Dia mula berasa malu dengan basikalnya.

Suatu hari dia pulang ke rumah dan terus meluru ke arah ibunya, “Mama, along tak nak bawa basikal esok. Along malu. Semua kawan ejek along pondan sebab bawa basikal perempuan.”

“Along, basikal tu basikal second hand. Cukup masa nanti kalau ada duit lebih kita belilah basikal baru. Along pakai dulu ye basikal tu,” Jawab ibunya dengan senyuman.

Husaini menarik muka masam. Esoknya dia diejek lagi. Dan keinginannya mula membara. Dia perlu dapatkan sebuah BMX. Ya, sebuah BMX!

Pulang sahaja dia dari sekolah, dia lihat berpapan-papan petai berlonggok di ruang tamu rumahnya. Ibunya sedang mengikat petai-petai itu menjadi beberapa ikat.

“Along pergi saling baju cepat. Kalau along nak BMX, pergi jual petai ni seringgit seikat,” kata ibunya sebaik sahaja melihat dia pulang ke rumah.

“Jual petai? Malulah along mama,” Jawab Husaini.

“Kalau Along mahukan sesuatu, Along usaha dahulu. Duit tidak akan datang dari langit,” Nasihat ibunya. Didorong dengan keinginan yang kuat untuk memiliki BMX, dia pun pergi menjaja petai.

Dari rumah ke rumah dia menjaja petai-petai tersebut. Mula-mula rasa malu, tetapi selepas beberapa rumah dia jaja dan petai-petainya dibeli, rasa malunya hilang. Berganti pula dengan rasa seronok. Habis semua petai-petai itu dijual pada petang tersebut.

Esoknya dia pulang ke rumah lagi, kali ini ibunya menyuruh dia menjual pisang goring pula. Lusa, dia menjual air soya panas pula. Ibunya mengajar dia berniaga sedikit demi sedikit. Selangkah demi selangkah.

Setelah beberapa lama dia menjual petai, air soya, pisang goreng dan macam-macam lagilah, pada suatu petang, alangkah terkejutnya dia bila dia pulang ke rumah, sebuah basikal BMX sudah menanti di depan pintu. Bukan main seronok dia petang tersebut.

Itulah pengalaman pertamanya berniaga. Dari situ dia belajar bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu. Bila ada keinginan, usaha sendiri dahulu.

.

Keyword: Belajar, Belajar dan Terus Belajar




Sunday, June 1, 2008

Siapa Cakap Jutawan Kedekut?

Jutawan Tabur DUIT Dari Langit


BEREBUT... Sebahagian daripada ribuan penduduk berebut-rebut wang kertas yang dijatuhkan dari sebuah pesawat berhampiran stadium bola sepak di Serang, kira-kira 60km dari barat Jakarta, semalam.


JAKARTA 1 Jun – Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital setelah pengsan sewaktu berebut wang kertas yang ‘jatuh dari langit’.

Insiden itu berlaku apabila ribuan penduduk berebut-rebut mendapatkan wang kertas yang ditabur dari sebuah pesawat ringan oleh seorang ahli perniagaan, Tung Desem Waringin.

Ribuan wang kertas 1,000 dan 5,000 rupiah yang berjumlah 100 juta rupiah (RM34,700) ditabur dari pesawat itu sebagai satu bentuk promosi buku terbaru Waringin hari ini.

Pesawat ringan tersebut terbang di ruang udara berhampiran sebuah stadium bola sepak di bandar Serang, 60 kilometer ke barat Jakarta.

Mengikut perancangan awal, Waringin mahu menabur wang-wang tersebut di ibu kota Jakarta tetapi gagal mendapat kebenaran pihak polis.

Akhbar dalam talian, Detikcom melaporkan, sewaktu penerbangan pertama dan kedua, wang- wang tersebut jatuh 500 meter dari stadium berkenaan.

Khabar mengenai tindakan Waringin itu tersebar sejak semalam dan keadaan itu menyebabkan ramai yang menunggu di kawasan tersebut untuk mendapatkannya.

Dalam laman blognya, Waringin berkata, beliau lebih memilih untuk mendermakan wang tersebut kepada mereka yang memerlukan berbanding teknik promosi biasa untuk memperkenalkan buku baru.


Sumber: Utusan Malaysia

***
Agak lucu dan begitu pemurah sekali jutawan itu. Mampukah kita?
Hehehe... Rm34,000... buktinya manusia semakin kaya...

Keyword: Anda Bila Lagi?