Sunday, April 27, 2008

AMARAN : Skim Cepat Kaya Kembali Menular

*** Maklumat Diambil Dari Sebuah Forum...

AMARAN supaya berhati-hati dengan penularan kembali Skim-Skim Cepat Kaya yang bertopengkan "pelaburan". Baru-baru ini kami mendapat maklumat bahawa terdapat satu skim yang mengambil deposit yang bukan dipanggil mencurigakan, bahkan 100% adalah penipuan semata-mata. Skim-skim ini adalah kesinambungan dari program-program cepat kaya yang menular secara besar-besaran khususnya hampir ke seluruh masyarakat pada awal tahun 2007 seperti Swisscash, Danafutures, Fical dan lain-lain.


Skim yang telah kami kesan ini bernama EUVEST, API Mutual & Wallet Money yang mempunyai domain beralamat
www.euvest.net, www.apimutual.com & www.Wallet-Money.com adalah 100% buatan penganjur tempatan. Mereka seperti biasa mengutip deposit menggunakan pihak ketiga yang berfungsi sebagai perantaraan di dalam penukaran wang tunai ke sistem 'euro' (biasanya dipanggil 'e-point'). Kami percaya skim ini telah mula menular di dalam masyarakat kita dan baru-baru ini mereka telah mula menjalankan aktiviti mempromosi di dalam internet. Kami yakin penganjur skim ini telah samada mengupah, atau memberi komisen atau menawarkan 'orang tengah' sebagai 'merchant' mereka sebagai salah satu strategi untuk berkomplot di dalam menjalankan promosi. Kami juga percaya banyak lagi skim-skim akan muncul tidak lama lagi.

Kami percaya anda mempunyai lebih maklumat tentang perjalanan skim-skim ini dan mungkin lebih dari apa yang telah kami sampaikan di atas. Oleh itu, anda disarankan supaya terus membuat aduan di :-
Suruhanjaya Sekuriti (Tel: 603 6204 8999); atau

Bank Negara Malaysia (Tel.: 03-2691 5090 / 2698 4163 / 2691 0824 / 2692 6482 / 2694 2143)

Anda juga boleh membuat rujukan di laman web Bank Negara Malaysia berkenaan
skim cepat kaya di sini


Harap Maklum.

2 comments:

Unknown said...

Dah ambil content sebijik2 dr forum lain lain at least publishla link forum tu..baru fair..takdela nampak sgt meniru..jadilah blogger yg berattitude kalau nak dpt side income thru blogger..selagi pemikiran tak diubah selagi itu takkan berjaya..

Razif Yusof said...

Salam saudara/i dainiel.

Saya lebih suka jika saudara/i merujuk kembali MAIN BUSINESS blog ini, iaitu Pusat Pengumpulan Maklumat Kewangan.

Tujuan blog ini bukanlah untuk mendapatkan side income sebagai blogger kerana saya berpendapat jika saya ingin pendapatan sebagai blogger biarlah secara serius bukan dengan menggunakan blog percuma seperti ini. Tujuannya di sini hanya ingin berkongsi maklumat yang saya rasakan penting.

Dan saya juga berpendapat pemikiran warga kita, terutama bumiputera sepatutnya berfikir, meneliti dan mengkaji dahulu sebelum meluahkan sesuatu. Jangan pula nanti kita dikatakan bodoh kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas.

Harap Maklum.