Thursday, May 29, 2008

Tips Azizi Ali

Antara tips yang menarik dari Azizi Ali... Mungkin boleh difikirkan bersama...


1. Kalau beli kereta, pastikan anda boleh membayar hutang dalam tempoh setahun. Jika tidak, bermakna anda tidak mampu membeli kereta itu, Mengapa tidak? Belilah kereta terpakai!

2. Ramai yang bertanya kepada saya, mana satu lebih penting? Kebahagiaan atau wang? Bagi saya, ini satu soalan bodoh. Umpama kaki dan tangan, wang dan kebahagiaan sama penting. Mengapa perlu memilih? Saya tidak pernah lagi mengalami situasi yang mana memiliki wang menjadikan keadaan lebih teruk!

3. Sebaik menerima gaji bulanan, pastikan anda menyimpan sebahagian daripadanya. Ia dikira sebagai membayar diri anda sendiri. Tidak kira sama ada gaji anda kecil atau besar, pastikan sekurang-kurangnya 10 peratus daripadanya di simpan dalam akaun seperti Amanah Saham.

4. Perlu diingatkan, insurans bukan roket pelaburan, tetapi ia melindungi andai anda kehilangan keupayaan untuk bekerja dan pendapatan tetap. Misalnya apabila mengalami penyakit kritikal dan sebagainya. Di Malaysia, belum ada lagi insurans yang melindungi pelanggan yang kehilangan pendapatan tetap secara sementara!

5. “Ada hutang yang baik, tetapi ada hutang yang buruk. Hutang baik yang membawa keuntungan seperti membeli rumah, hartanah atau pelaburan lain termasuk pinjaman untuk melanjutkan pengajian. ”

Keyword: Asasnya Pengurusan Kewangan

Siapa Warren Buffet



Kali ini saya ingin berkongsi maklumat mengenai seorang billionair dunia iaitu rakan Donald Trump (Rancangan yang suka sebut Your Are Fired!) iaitu Warrent Buffet. Jika anda melihat karektor Warren Buffet ini, beliau nih adalah seorang yang mempunyai penampilan yang mengelirukan. Kalau lihat pada pakaiannya, dia nih biasa-biasa sahaja tidak kiralah pada hari bekerja ataupun pergi ke mesyuarat tahunan pemegang saham. Beliau suka sangat pakai sut yang berkedut (macam tak bergosok) dan cermin mata empat segi (kalau tgk memang kelakar).

Anda juga perlu tahu, Warren ini bukanlah berasal dari keluarga yang susah pada ketika dulu (seperti mana latar belakang Tan Sri Mukhtar Al-Bukhary) sebaliknya beliau datang dari keluarga yang kaya raya. Sebab itu beliau ingin sentiasa menjadi seorang kaya. Oleh sebab itulah beliau mula mengejar cita-cita pada usia 5 tahun lagi. Melihat dari sejarahnya, beliau mula mencari duit poket dengan menjual gula-gula lebih yang diberikan oleh bapanya.

Tetapi jangan pula anda terkejut kerana pada usia beliau 11 tahun, Buffet telah membeli tiga saham, pertama kali dalam hidupnya dengan harga $36 setiap satu (harga pada masa itu). Beliau jual semula saham dengan memperoleh keuntungan sebanyak $5. Ketika itulah buffet mula sedar maksud sabar di dalam pelaburan saham kerana harga saham itu kemudiannya telah meningkat ke $200. :)

Saya mengambil sebuah petikan dari Buffet mengenai risiko pasaran saham, beliau berkata, “Risiko datang apabila kita dari tidak mengetahui apa yang kita lakukan”. Kenyataan ini ada benarnya kerana Buffet tidak pernah melabur di dalam perniagaan yang tidak diketahui. Ketika orang ramai sibuk melabur dengan banyak di dalam internet, Buffet tidak membeli manapun satu saham. Keyakinan diri, gigih bekerja, etika yang kuat serta kebolehan meramal pasaran saham telah menjadikan beliau seorang pelabur yang bijak pada hari ini.

Mesti pun namanya sering tersiar di majalah Forbes sebagai orang terkaya di dunia, gaya hidupnya tidak menggambarkannya yang sedemikian. Hingga ke hari ini (ketika blog ini ditulis), beliau masih mendiami rumahnya yang dibeli dengan harga $31,000. Walaupun memiliki Berkshire Harthaway, iaitu sebuah syarikat tesktil, pakaiannya hanyalah sut yang berkedut.

Kisah kejayaan Warren Buffet membuktikan kebolehan manusia untuk mencapai tahap kehidupan yang lebih tinggi. Apabila seseorang itu mengikuti naluri hatinya dengan penuh keyakinan, usaha, disiplin dan ketabahan, kejayaan akan pasti dicapainya. Dengan ini Warren Buffet adalah termasuk dalam senarai “Usahawan Berjaya Dunia” kali ini.

Jumpa lagi :)

Sumber: Buat Duit Dengan Blog

Keyword: Jutawan Mana Yang Mengenali Anda?

Tuesday, May 27, 2008

Urus Akaun Anda Dengan MoneyDance

Dari Laman: Blog Webmaster Malaysia
Hasil Tulisan Saudara Alang.

Tiada sebarang pengubahsuaian dilakukan dalam tulisan ini.
Harap Maklum.


Urus akaun anda dengan MoneyDance

Bagi seorang usahawan, amat penting untuk anda menguruskan akaun pendapatan dan perbelanjaan anda dengan baik untuk mengetahui sama ada anda mengalami keuntungan atau kerugian. Selain itu, ianya juga penting untuk mengetahui dari mana sumber pendapatan anda dan ke mana perbelanjaan anda. Perkara ini juga tidak terkecuali bagi seorang usawahan internet.

Saya mula membuat akaun pendapatan dan perbelanjaan saya semenjak tahun 2005 apabila saya mula menjadi usahawan internet sepenuh masa. Pada mulanya, saya hanya menggunakan Microsofoft Excel sahaja. Tetapi kemudiannya saya mula mencari satu perisian yang lebih sofistikated di mana saya tidak perlu melakukan segalanya secara manual. Akhirnya, saya menggunakan perisian Quicken Home & Business di mana walaupun harganya agak mahal tetapi ia mempunyai segala fungsi yang saya perlukan.

Apabila saya beralih ke Mac OS X, saya mula menghadapi masalah kerana perisian Quicken untuk Mac amat berbeza dengan Quicken untuk windows di mana banyak fungsi-fungsinya tiada. Setelah beberapa minggu mencari dan beberapa puluh perisian dicuba, akhirnya saya berpuas hati dengan perisian MoneyDance. Walaupun fungsi-fungsinya tidak sebanyak Quicken Home & Business, tetapi semua fungsi yang saya perlukan seperti multiple account, split transaction, multiple currency dan income & expense report terdapat pada perisian ini. Antaramuka (interface) perisian ini juga tidaklah secantik Quicken tetapi apa yang penting ialah fungsinya.

Gambar dibawah menunjukkan bahagian homepage perisian ini di mana anda dapat melihat keseluruhan akaun anda, bil-bil yang perlu dibayar, kalendar dan sebagainya. Anda boleh mengubahsuai bahagian homepage ini mengikut kesesuaian anda.

homepage.png

Edit Splits.jpg

Fungsi split transaction yang terdapat pada perisian ini membolehkan anda merekodkan transaksi akaun paypal anda. Sebagai contoh seperti gambarajah di atas, apabila saya menerima bayaran melalui akaun paypal, saya cuma perlu memasukkan maklumat bayaran diterima seperti nama pembayar di ruangan description, untuk apa bayaran tersebut di bahagian kategori, dan berapakah jumlah yang dibayar. Kemudiannya dengan menggunakan split transaction, saya boleh memasukkan jumlah PayPal fee yang dikenakan di mana akhirnya saya terus mendapat jumlah bersih pendapatan saya.

Semua transaksi direkodkan mengikut urutan tarikh secara automatik jadi anda tidak perlu melakukannya secara manual. Walaubagaimanapun, anda masih boleh mengubah tarikh tersebut mengikut bilakah sebenarnya tarikh transaksi berlaku.

Selain itu, fungsi multipe account membolehkan anda menguruskan kesemua akaun anda termasuklah PayPal, Maybank, CIMB, kredit kad dan sebagainya. Fungsi multiple currency membolehkan anda memindahkan wang dari akaun PayPal ke akaun bank tempatan mengikut nilai kadar tukaran semasa. Kadar tukaran ini boleh ditukar pada bila-bila masa melalui setting dan juga semasa anda hendak merekodkan transaksi tersebut. Sebagai contoh apabila saya menjual wang di dalam akaun paypal saya dengan kadar tukaran $1 USD = RM2.95, saya cuma perlu memasukkan kadar tukaran tersebut (2.95( dan secara automatik jumlahnya di dalam RM, akan dimasukkan ke dalam akaun Maybank saya.

Moneydance_ SZAB Network.md.jpg

Terdapat pelbagai report yang boleh dihasilkan melalui perisian ini sama ada carta, graf ataupun report biasa. Anda boleh menghasilkan report mengikut tahun, bulan, tahun semasa, bulan semasa dan sebagainya. Jika kaedah report sedia ada tidak memenuhi keperluan anda, anda boleh menghasilkan report sendiri dan seterusnya menyimpan format report tersebut untuk digunakan di masa hadapan.

Report_ Income.jpg

Perisian ini bukan hanya terdapat dalam platform Mac OS sahaja tetapi terdapat juga untuk platform Windows dan juga Linux. Walaubagaimanapun, perisian ini bukanlah percuma di mana anda perlu membelinya dengan harga $39.99 USD.

***
Semoga ianya akan memberi banyak manfaat pada semua dalam menilai semula cash flow kearah yang lebih positif.

Keyword: Berapa RM yang telah anda belanjakan minggu lepas?

Thursday, May 22, 2008

Tak Boleh! Tak Boleh!!!

Artikel diambil dari web SAUDARA NOORIZAM SHAH yang merupakan seorang usahawan Internet yang berjaya. Harap Maklum. Tiada sebarang pengubahsuaian dilakukan.

“Aduihhhhh.. setiap bulan saya tak cukup duit.. mana saya nak cekau duit! arghhhh”

“Ala, org tu banyak duit boleh laa.. saya kerja dah la gaji kecik.. nak menyimpan apatah lagi”

“Orang tu boleh buat sebab diorang pandai, saya? dah la tak ada pengalaman.. saya memang tak boleh!”

Fikirkan tidak boleh!
Perasaan ini sering berada pada majoriti masyarakat. Ramai memandang rendah dengan kebolehan diri sendiri- perasaan fikirkan tidak boleh.

Perasaan ini adalah perasaan yang sering bercakap pada diri sendiri bahawa “Saya tidak boleh melakukannya. Saya akan gagal”. Setiap kali peluang atau keadaan hadir didepan anda, pemandangan anda menjadi kelabu dengan fikiran tidak boleh ini.

Pakar psikologist, Abraham Maslow mengatakan; memandang rendah dengan kebolehan sendiri terjadi adalah kerana secara sedar ataupun tidak, seseorang itu telah menerima di fikirannya bahawa tiada apa yang dia boleh lakukan untuk mengubah keadaan dirinya.

Teringat saya dengan cerita Eddy Murphy The Nutty Professor (di mana Eddy Murphy menjadi Professor Sherman yang amat gemuk) dan ketika beliau ingin menurunkan berat badannya, beliau ke gym dan bersenam sambil berkata “Yes I can!… Yes I can!”.

Anda juga perlu menjadi seperti ini. Bukan menjadi amat gemuk! :). Setiap kali anda ingin membuat perubahan kepada diri anda, lawan fikiran dalaman anda yang sering mengatakan “tidak boleh” kepada “Saya Boleh! Saya Boleh! Saya Boleh!”.

Saya pula selalu membayangkan Professor Sherman setiap kali! Mesti saya tersenyum ketika berhadapan dengan keadaan “Fikirkan Tak Boleh”

Fikirkan tidak boleh ini berkaitan rapat dengan konsep kendiri kita. Konsep kendiri bermaksud bagaimana anda melihat diri anda sendiri. Sekiranya anda melihat diri anda mempunyai keyakinan diri yang rendah, maka, begitulah cara anda akan fikirkan tentang
keseluruhan diri anda dan anda akan kaitkannya dengan apa sahaja anda lakukan.
Amacam? Boleh ke Tak Boleh?

Keyword: Anda Yakin Anda Boleh?

Sunday, May 18, 2008

Untung RM1, rugi RM100

Artikel ini adalah hasil Osman Affan yang telah diambil dari MOTIVASI BELAJAR
tanpa apa-apa perubahan. Suatu artikel yang agak menarik untuk difikirkan bersama.

Harap Maklum.

Untung RM1, rugi RM100

Hmmm… hari ni saya hendak bercerita sedikit. Alkisahnya, semalam saya berada di pejabat saya untuk menyiapkan sedikit kerja sambil menunggu kereta saya masuk bengkel. Saya diberitahu oleh staf saya yang sinki bilik air di pejabat saya bocor. Jadi saya pun telefon la satu nama tukang paip yang saya ambil di satu kertas yang terlekat di satu tiang berhampiran pejabat saya.

Tukang paipDipendekkan cerita, tukang paip itu datang, lihat kerosakan dan terus keluar membeli barang untuk membaikinya. Laju sahaja gerak geri tukang paip ni. Langsung tak beritahu saya berapa anggaran membaikinya. Ini membuat saya sedikit berdebar kerana selalunya (ikut pengalaman saya) ini tanda-tanda usahawan yang akan mengetuk dengan harga tinggi. Kurang 15 minit kerja itu pun siap.

Tukang paip ni cuma membeli satu bahagian bawah sinki tu yang saya tahu harganya kurang RM10. Saya tahu kerana awal tahun lepas saya ada baiki sinki yang satu lagi (ada dua sinki di pejabat saya). Kos yang dikenakan kepada saya ketika itu cuma RM25 kerana kerosakan sangat kecil dan kerjanya sangat mudah.

Setelah tukang paip ini selesai, saya tanya, ‘berapa ye?’. “RM70 bang.” Katanya. Hmmm…. berkali ganda juga tingginya. Saya tanya, ‘tak boleh kurang ke?’ sebab saya tahu berapa caj yang biasa untuk kerosakan begitu. ‘RM60 la bang’. Saya pun bayar. Tukang paip tu pun cepat-cepat berlalu.

Bagi saya, ini adalah contoh untung RM1 dan rugi RM100. Tukang paip ini mahu untung lebih besar dan cepat dengan kenakan harga yang jauh lebih tinggi daripada nilai kerja. Jadi, dia dapat keuntungan itu sekarang. Sayangnya, kerana saya tahu berapa harga sebenar yang dia patut kenakan, saya tidak akan menggunakan khidmatnya lagi. Siapa tahu, saya mungkin perlukan khidmatnya hingga 10 tahun akan datang? Bukankah tukang paip ini akan rugi di masa akan datang?

Hehe. Mesej cerita saya sebenarnya bukan mengenai duit. Mari kita lihat situasi yang saya dengan pelajar atau orang dewasa. Oleh kerana mahu untung cepat, ramai yang tidak mahu mengeluarkan duit untuk pelaburan minda. Bila mahu beli buku, terasa rugi RM10, RM20 atau RM30. Nak untung, tak payah beli dan lebih baik beli prepaid handphones atau lebih baik pergi makan dengan restoran makanan segera. Benar…. untunglah sekarang. Tetapi dalam jangka masa panjang?

Oleh kerana mahu untung masa dan untung duit, ramai yang memilih untuk TIDAK pergi kursus atau seminar bagi mempelajari ilmu baru. Mahu keluarkan RM100, RM200 atau RM300 terasa macam mahu memotong jari sendiri. Mahu untung, tak payah keluarkan duit itu dan gunakannya untuk beli jam baru, baju cantik, perhiasan kereta, beg tangan baru, handphone baru dan sebagainya. Lebih untung kan? Tetapi berapa lama barang-barang itu bertahan? Bolehkah barang-barang itu bertahan selama 5 tahun?10 tahun? 20 tahun?

Tukang paipFenomena takut untuk berbelanja ke arah pendidikan agak menakutkan sebenarnya. Saya baru dengar cerita daripada seorang sahabat yang mengatakan guru-guru pun ada yang terlalu takut untuk berbelanja ke arah perkembangan minda mereka. Nak keluarkan RM20 untuk kursus pembangunan diri pun tidak mahu. Hmmm… pelik juga bunyinya tetapi saya tidak terlalu hairan. Sebabnya, setiap kali saya buat program di sekolah, saya selalu perhatikan gelagat guru yang yang ada di dalam dewan. Cuba teka, adakah guru-guru akan duduk sama cuba belajar apa yang saya sampaikan kepada pelajar atau guru-guru akan sibuk berborak sesama sendiri di belakang (hingga kadang-kadang mengganggu program)? Bak kata Nabil Raja Lawak Astro “Ha lu pikir la sendiri!” hehe.

Dalam masa sama, saya selalu ingatkan diri saya bahawa berbelanja ke arah pendidikan bukan bermaksud kita kena berbelanja besar hingga beratus-ratus atau beribu-ribu ringgit. Orang-orang yang takut berbelanja ke arah pendidikan selalu merungut tentang harga yang mahal dan tempat belajar yang jauh. Buku itu mahal, buku ini terlalu tebal dan buku itu pula terlalu nipis. Kursus di sana terlalu jauh, kursus di sini terlalu panas tempatnya.

Selagi mereka merungut, selagi itulah mereka kekal berdiri atau duduk di tempat mereka sekarang sebagai seorang perungut. Orang dah sampai ke bulan, dia masih merungut tentang harga buku yang mahal. Orang dah dapat ijazah, dia masih merungut tentang cikgu sekolah rendahnya yang terlalu garang dan tidak pandai mengajar. Apa agaknya akan jadi kepada mereka satu hari nanti?

Apa kata hari ini, kita buat satu rancangan untuk mendapatkan satu ilmu baru? Ilmu apa? Ilmu apa-apa sahaja yang boleh meningkatkan kebolehan dan kemahiran kita untuk masa depan. Kalau pekerja, mungkin teknik berkomunikasi atau teknik pengurusan kewangan. Kalau pelajar mungkin teknik menguruskan masa dan teknik bacaan pantas. Terpulang. Mari kita rancang sekarang.

Selamat merancang. :)

Keyword: Anda Tak Sanggup Melabur RM20 untuk hampir 150 artikel kewangan???

Saturday, May 10, 2008

Kembali Kepada Asas: Pengurusan Kewangan.

Salam Sejahtera,

Sejak bermulanya Do-It Info ini mulai 1 April 2008, saya harapkan ianya sekurang-kurangnya dapat memberi panduan asas kepada kita semua dalam menguruskan kewangan. Jadi adalah lebih baik kita kembali kepada asas bagi mengembalikan fokus utama kepada terhadap sasaran kita untuk menguruskan harta kita ke arah yang lebih baik. Sedikit tatapan untuk semua.

Apa itu kewangan?

Kewangan menuntut dan mengemukakan cara-cara dalam mana individu, perniagaan, dan kenaikan pertubuhan-pertubuhan, peruntukan, dan menggunakan sumber kewangan sepanjang masa, mengambil penting risiko-risiko yang dihadapi dalam melaksanakan projek. Kewangan adalah digunakan oleh individu (kewangan peribadi), oleh kerajaan (kewangan awam), oleh perniagaan (kewangan syarikat), dan sebagainya, serta oleh pelbagai organisasi termasuk sekolah-sekolah dan pertubuhan-pertubuhan bukan berasaskan keuntungan. Kewangan adalah satu aspek terpenting pengurusan perniagaan dan sekarang ini penting juga buat individu-individu kesemuanya dalam menangani kewangan peribadi mereka.

Pengurusan kewangan adalah merupakan langkah pertama yang WAJIB anda kuasai jika anda mahu menjadi kaya. Pengurusan kewangan peribadi bukan lagi satu pilihan tetapi ianya satu keutamaan dalam hidup yang mesti anda kuasai. Pengurusan Kewangan Perancangan mencerminkan usaha yang melibatkan disiplin-disiplintertentu, untuk mengurus dengan baik, sumber-sumber pendapatan, sertaaset, seseorang itu, supaya setiap perbelanjaan yang dibuatmendatangkan faedah / manfaat yang optima, dan dapat memungkinkantabungan dan pelaburan yang boleh pula menjamin pendapatan di masahadapan. Pengurusan kewangan adalah bermaksud menguruskan duit gaji anda setiap bulan, kenapa mesti anda setiap bulan habis duit gaji anda membayar pelbagai tanggungan dan belum akhir bulan hampir tiada sesen pun duit pada anda dan lebih menyedihkan lagi ada yang negatif duit setiap bulan dan memaksa penggunaan kad kredit dan pinjaman. Pengurusan wang yang baik diperlukan oleh setiap orang, terutama bagi mereka yang sudah berumah tangga.

Wang yang digunakan untuk membayar hutang juga perlu halal sumbernya, jangan disebabkan ingin lepaskan bebanan hutang maka sumber yang tidak halal dijadikan penyelesaian. Wang hanya menjadi tempat persinggahan dalam hidup kita yang akhirnya keluar begitu sahaja. Wang itu hanta untuk persaraan sahaja, bagaimana untuk keperluan yang lain-lain.

Wang yang didapati daripada titik peluh seseorang bukan hanya untuk dibelanja dan dihabiskan. Wang-wang yang diperolehi hasil daripada perniagaan, bolehlah dilaburkan ke tempat-tempat yang dapat memberikan pulangan yang memberangsakan seperti, pelaburan ke dalam unit amanah, saham, hartanah dan juga perniagaan. Wang perlu diuruskan dengan baik kerana ia boleh menghasilkan lebih banyak wang.

Pelaburan juga perlu bagi mengekalkan kekayaan anda, tanpanya bagaimana anda boleh mengekalkan harta dan nilai harta anda masa depan tanpa pelaburan. Pelaburan jangka panjang sebegini sangat sesuai untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Pelaburan ialah tindakan meletakkan wang/dana bagi satu tempoh tertentu untuk memperolehi kadar pulangan yang dikehendaki. Pelaburan hartanah juga sama penting dengan simpanan tunai dan tiada nilai susut.

Wang merupakan satu alat untuk meneruskan kehidupan, keperluannya hampir sama dengan udara dan tanpa wang kita kita mampu untuk mendapatkan sumber makanan untuk hidup. Pengurusan Kewangan Adalah amat penting bagi setiap individu mendisiplinkan diri, mengurusi dengan baik segala sumber pendaptan dan aset supaya setiap pelaburan dan perbelanjaan mendatangkan manfaat dan faedah yang optima serta boleh menjamin masa hadapan. Pengurusan kewangan yang bijaksana, cekap, fleksibal dan amanah merupakan pra syarat bagi menjamin kedudukan kewangan yang kukuh.

Pengurusan wang simpanan yang terbaik ialah mengeluarkannya hanya untuk tujuan seperti kecemasan, pelajaran dan kegunaan di masa hadapan (pembelian rumah atau pun perkahwinan). Pendidikan Kewangan Program pendidikan disasarkan pada kumpulan atau individu tertentu berhubung dengan penggunaan kredit pengguna yang wajar dan kemahiran asas pengurusan wang seperti simpanan dan membuat belanjawan serta tip untuk menggunakan kredit secara yang bertanggungjawab dan pengurusan hutang. Pengurusan kewangan yang baik dalam sesebuah institusi juga membolehkan perancangan lebih sempurna untuk pembesaran dan pelbagaian operasi, dan untuk apa jua aktiviti di masa hadapan.


Keyword: Anda Seorang Pengurus Kewangan?

Sunday, May 4, 2008

Formula Menjadi Usahawan Berjaya

Salam Sejahtera,



Wan Mohd Nazif Wan Mohd Nori, Fazilah Ibrahim
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. RM 21.00
RM 24.00 (Sabah & Sarawak),
983-3376-20-7;

9799833376208
Tarikh Terbit: 29 April 2005 ;
Jumlah Muka Surat : 211 halaman

Satu buku yang menarik, yang boleh dijadikan panduan kepada kita disamping mencari keuntungan malah mampu untuk mengurangkan kerugian dalam apa-apa jua bidang yang kita ceburi.

Petikan dari laman web Penerbit PTS.

Buku ini memberi panduan kepada usahawan bagaimana mengaut untung apabila berniaga dan cara mengelakkan rugi. Antara perkara menarik yang dibincangkan di dalam buku ini seperti apa itu risiko perniagaan dan jenisnya, bagaimana produk unik menarik dan mengikat hati pelanggan dan banyak lagi. Buku ini adalah panduan bagi sesiapa sahaja yang berminat dan mahu menjadi usahawan berjaya.

Buku ini berkisarkan bagaimana usahawan dapat mengaut untung dan pada masa yang sama mengelak rugi. Sebagaimana yang diketahui, untung penting pada usahawan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan adalah berdaya saing dan kekal utuh mengharungi gelombang persaingan. Sebaliknya, rugi yang berterusan, apabila dibiarkan dapat membuatkan usahawan 'gulung tikar'. Dalam usaha mengaut untung dan mengelak rugi, usahawan sebaik-baiknya ada pengetahuan, membuat rancangan dan menganalisis pelbagai aspek. Pelibatan kami ketika mengendalikan bengkel sistem akaun berkomputer untuk usahawan bumiputera, mendedahkan kami kepada ruang-ruang menambah baik yang masih dapat diisi oleh usahawan bagi menjayakan perniagaan mereka. Penulis mengadunkan maklumat yang diperoleh daripada para usahawan, pengalaman sendiri dan rakan-rakan sebagai pelanggan, sedikit usaha menggali ilmu daripada kitab Quran serta hadis Nabi Muhammad dan dipersembahkan dalam bentuk penulisan, dengan harapan ia dapat menjadi panduan berguna untuk rakan-rakan usahawan.

Keyword: Tahukah Anda 9/10 Dari Punca Rezeki Adalah Perniagaan?

Thursday, May 1, 2008

Jutawan Dalam Masa 20 Tahun?

Percayakah anda juga boleh menjadi jutawan dalam masa 20 tahun?

Apakah yang anda perlu laburkan sebulan untuk mencapai RM1 juta pada kadar pulangan 15% ?

Hanya RM667.90 sebulan selama 20 tahun

Jika anda ingin mengumpul 3 juta pula dalam masa 30 tahun, berapakah jumlah yang anda perlu laburkan sebulan pada kadar pulangan 15% ?

Hanya RM433.32 sebulan selama 30 tahun

Nota: 15 % kadar pulangan diambil kira sebagai kadar pulangan jangkaan kebanyakkan Unit Amanah.

Jadi, mengapa anda tidak bertindak sekarang? Dengan menjadi jutawan, anda dapat bersara lebih awal, membiayai pengajian anak-anak, membeli rumah idaman, melancong dan banyak lagi.

Sumber: Bijak Ringgit

Keyword: Mampukah Anda?