Monday, January 11, 2010

Produk Percuma: 15 Keajaiban Penjimatan...!

Salam hormat,

Kita masih di dalam mood "Mari Berjimat".

Jadi, ebook dibawah boleh dimuaturun dengan percuma.




Mari kita lakukan sedikit kajian...

1) Bagi golongan bawahan.

Begitu payahnya meneruskan hidup.
Berkerja keras hanya untuk melangsaikan hutang piutang,
menyediakan makanan dan pakaian kepada keluarga,
mengirim wang untuk memastikan anak yang sedang melanjutkan
pelajaran di IPTA dan IPTS tidak tercicir. Hidup anda penuh kesengsaraan.
Kisah-kisah indah tentang kekayaan, kejayaan, kesenangan yang melimpah ruah
dan kejutawanan adalah kedengaran sungguh jauh dan sayup sekali.
Itu bukan untuk anda. Itu adalah dari satu sudut dunia yang lain.
Beribu batu dari jangkauan dan tidak mungkin dicapai tangan.


2) Golongan pertengahan.

Ada pula yang mempunyai pekerjaan yang agak baik dan pendapatan yang memuaskan.
Cukup semuanya. Hidup selesa dan terperuk di dalamnya. Simptom ini dipanggil
‘comfort zone’ jadi anda tidak rasa perlu untuk menambah apa-apa atau berbuat
apa-apa lagi. Anda takut sekali untuk keluar mengembara di dunia yang mencabar ini.
Takut gagal. Takut mencuba nasib. Takut dengan suasana baru.
Takut memulakan sesuatu. Takut dengan diri sendiri.


3) Golongan muda.

Anda baru memulakan perjalanan dan ingin mempelajari sesuatu
dari kehidupan. Risau juga sekiranya anda tersalah jalan.
Tersesat jalan. Tersalah pilihan.

Jadi bagi anda yang termasuk di dalam man-mana golongan di atas.
Anda memang patut mendapatkan eBook 15 Keajaiban Penjimatan Dibongkarkan
ini. Ianya adalah sebuah laporan percuma tapi berkualiti.

Secara ringkasnya, eBook 15 Keajaiban Penjimatan Dibongkarkan
tulisan Julmazli Dempollok ini adalah sebuah eBook yang memandang
penjimatan dari satu sudut lain, menerangkan fungsi-fungsi penjimatan,
faedah dan manfaatnya sehingga barangkali anda mampu menutup kebocoran
akibat retak pada tempat-tempat yang sangat kerap mengalirkan wang anda.

eBook ini dan dikuatkan lagi dengan sebanyak tiga siri e-kursus pasti
akan meminimumkan sebanyak mungkin jumlah wang anda yang bakal keluar.

Saya melihat pakej percuma ini dihasilkan untuk memberitahu mereka yang
tidak mengetahui, menyedarkan mereka yang terleka, mengejutkan mereka yang terlena,
meluaskan pengetahuan bagi mereka yang ingin terbang lebih tinggi lagi,
pengetahuan tambahan untuk mereka yang sudah arif mengenainya dan perkongsian
ilmu untuk semua.

Jadi marilah kita sama-sama melihat sudut-sudut keajaiban penjimatan dan bagaimana memegang erat wang anda. Ini bermakna duit yang lebih untuk semua sekeluarga. Anda boleh mendapatkan eBook dan e-Kursus ini dengan melawati banner dibawah ini:



Sekian dahulu untuk kali ini. Kita berjumpa lagi di post yang akan datang.
Sehingga itu, salam kejayaan buat anda.