Wednesday, May 26, 2010

Just Do It! Dengan TeknikPemasaran.com

Ini adalah post bagi menambah pendapatan di internet.

Ianya adalah cara membina "Mesin Wang" internet...!

Hari ini saya mahu mendedahkan bagaimana saya
membina mesin wang di internet. Saya yakin jika
panduan ini dimiliki dan difahami sesiapa juga akan
mampu membinanya kerana sata telah menyediakan:

[1] “Ebook Teknik Pemasaran Email 1”
Maksimumkan Penggunaan Email Sebagai “Mesin Wang”
Dan Alat Penjanaan Kekayaan Dari Internet!!

[2] “Ebook Teknik Pemasaran Email 2”
Teknik Hebat Bagi Membangunkan “Golden List”
Yang Pasti Menghasilkan Jualan Tanpa Henti Kepada Anda…!

[3]“Ebook Rahsia Pakar Jualan”
20 Teknik Hebat Dalam Mengegarkan Jualan Produk
Di Samping Menjana Keuntungan Paling Maksimum...!

[4] "Ebook Teknik Pemasaran Email Sebenar"
Cara Berkesan Bagaimana "MEMBUAT DUIT" Melalui
Senarai Email Anda...!

[5] "Pendedahan Asas Affiliate"
Teknik Penjanaan Wang Terpantas Di Internet
Dengan Modal Kosong Ringgit...!



Anda boleh dapatkannya dengan segera.
Jangan bertangguh lagi kerana kuota yang dibuka
terhad 350 orang terpantas sahaja...


Moga maju jaya...!

Tuesday, May 11, 2010

Lelaki + RM: KAD KREDIT - Gaya @ Hutang

Oleh: Irfan Khairi, Jutawan Muda Internet Malaysia

Kad kredit - memudahkan atau membebankan? Sering kali kita dengar kad
kredit memudahkan kita dalam berbelanja- tidak perlu membawa cash
merata-rata. Tak kurang juga rungutan yang kita dengar bahawa kad kredit
membawa beban apabila ia memudahkan sangat perbelanjaan, sehingga
kita tidak dapat mengawal belian melalui kad kredit.. hutang pun bertambah
keliling pinggang.

Kad kredit dicipta pada tahun 1950 di mana Frank McNamara telah mencipta
sebuah kad "hutang" untuk membayar bill restoran. Kad tersebut dikenali
sebagai Diner's Card. Beberapa tahun kemudian, berbagai-bagai kad kredit
digunakan di pasaran termasuk American Express, Mastercard dan juga
VISA untuk pelbagai kegunaan. Penggunaan kad hutang ini menjadi amat
popular dan industri kad kredit berkembang dengan pesatnya.

-----------------------------
Tips menggunakan Kad kredit
-----------------------------

1) Jangan menganggap kad kredit sama seperti wang tunai. Anggap kad
kredit sebagai hutang. Setiap kali anda menggunakan kad kredit, anda
menambahkan hutang anda. Hanya gunakan kad kredit apabila anda
mempunyai wang tunai simpanan untuk melangsaikan hutang tersebut.
Anggap kad kredit sebagai kad hutang yang anda perlu langsaikan dalam
masa 30 hari

2) Jikalau anda ingin menambah accessory kepada kereta anda, usah
gunakan kad kredit jika anda tidak mempunyai simpanan untuk pembayaran
balik dalam masa 30 hari. Ianya hanya akan memudaratkan anda oleh
kerana interest yang dikenakan adalah tinggi berbanding dengan pinjamanpinjaman
lain seperti pinjaman belian kereta anda sendiri

3) Pastikan anda sentiasa mengetahui baki kad kredit anda. Walaupun anda
ianya menggunakan sedikit di sini, dan sedikit di sana, patah orang tua
berbunyi; sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Jangan tertawan dengan godaan
membeli perkakas untuk bergaya menggunakan kad kredit- baju baru, kasut
baru, seluar baru, handphone baru. Apabila membayar menggunakan kad
kredit, anda tidak nampak wang tunai yang menjadi pertukaran. Ini akan
mengakibat kan kita lupa tentang perbelanjaan kita. Sedar-sedar, hutang
bertambah keliling pinggang.Oleh itu, pastikan anda sentiasa mengetahui
jumlah penggunaannya pada tiap-tiap belian dan pastikan anda mampu
membayar jumlahnya dalam masa 30 hari.

4) Simpan kesemua resit belian kad kredit anda. Di akhir bulan,
semakkannya bersama bil bulanan yang anda terima. Pastikan jikalau
terdapat apa jua kesilapan, anda menghubungi syarikat kad kredit anda
serta merta. Kesilapan caj boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja. Lebih
teruk lagi, mungkin terdapat penyelewengan kad kredit oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab. Anda tidak terkecuali dari menjadi mangsa. Oleh itu,
pastikan anda menyemak bil bulanan anda.

5) Langsaikan bayaran kad kredit anda secepat mungkin. Lebih lama anda
melangsaikan hutang kad kredit anda, lebih banyak interest yang anda perlu
bayar untuk menampung hutang tersebut- ini akan menyukarkan
pembayaran balik kad kredit anda. Ramai tersalah anggap bahawa jikalau
mereka membayar "minimum payment" pada bil bulanan, interest tidak akan
di kenakan. Tanggapan ini adalah salah oleh kerana, interest masih akan
dikenakan. Cuma, jikalau anda tidak membayar "minimum payment", anda
akan dikenakan denda- ini akan menambahkan lagi hutang anda! Langkah
yang lebih bijak adalah untuk melangsaikan kesemua hutang kad kredit
anda setiap bulan.

6) Pastikan kad kredit anda mempunyai interest rate yang rendah. Terdapat
berbagai-bagai institusi menyediakan perkhidmatan kad kredit- cari yang
memberi interest yang paling rendah. Jikalau anda sudah mempunyai kad
kredit dan mendapati institusi lain memberi interest yang lebih rendah, anda
boleh melakukan penukaran perkhidmatan kad kredit tersebut.

7) Kebiasaan institusi akan mempromosikan interest yang rendah untuk
beberapa bulan permulaan untuk menarik pelanggan. Pastikan anda tidak
terjerat dengan promosi sebegini oleh kerana anda perlu
mempertimbangkan juga interest yang sebenar selepas tamat tempoh
permualaan ini.

8) Usah memiliki beberapa kad kredit sekali gus. Ini akan menyebabkan
anda lebih giat berbelanja. Hanya satu kad kredit sudah mencukupi. Jikalau
anda mempunyai 3 kad kredit dari institusi yang berlainan yang memberi
limit pinjaman RM5,000 setiap satu, anda akan menjadi rambang mata oleh
kerana anda mempunyai RM15,000 yang boleh di belanjakan!

Jikalau anda mempunyai masalah berbelanja lebih dari apa yang anda
mampu melalui kad kredit, teknik berkesan anda boleh lakukan adalah,
potong kad kredit anda yang lain dan hanya simpan satu sahaja. Hentikan
perkhidmatan dan langsaikan hutang-hutang kad kredit yang lain dan
teruskan hidup anda dengan hanya satu kad kredit sahaja.

Kad kredit merupakan suatu kemudahan untuk membuat bayaran, sebagai
contoh, gunakan kad kredit sebagai alternatif kepada wang tunai. Ianya lebih
selamat untuk anda membawa sekeping kad kredit untuk membeli
handphone RM3,000 dari pada membawa wang tunai RM3,000 dalam
dompet anda!

Ia juga amat berguna seandainya terdapat kecemasan dan
anda tidak mempunyai wang tunai. Sering kali kita boleh menganggap kad
kredit kita sebagai insurans seandainya terdapat kecemasa. Namun begitu,
penggunaan kad kredit yang tidak di jaga akan mengakibatkan pembelian
melalui kad kredit sewenang-wenangnya dan cuma bil kad kredit di hujung
bulan akan menjadi beban kepada anda.

P.S: - Ada teknik tertentu yang boleh diaplikasikan bagi mengurangkan
interest kad kredit. Antaranya ialah Balance Transfer, Personal Loan,
Overdraft ASB dan Installment Plan. Jika mahu belajar akan teknik ini dengan lebih lanjut, anda
boleh pelajarinya di http://kadkredit.pengurusankewangan.com