Saturday, October 18, 2008

Setelah 3 bulan berlalu...

Salam Sejahtera,

3 bulan yang lepas... bagaimana keadaan anda?
Hari ini, semakin baik atau semakin buruk dari 3 bulan yang lepas...?

Apa yang akan saya celotehkan kali ini adalah baru sahaja sebentar tadi saya menerima
email dari Dr Irfan Khairi. Ianya berkaitan ebook "Mentor Jutawan" yang dikeluarkan sejak 3 bulan yang lepas. Anda boleh mengimbas posting saya yang lalu disini:

"Mentor Kewangan Dari Irfan Khairi"




Ramai yang telah mendapatkannya...
Dan alhamdulillah kini pihak media juga telah memberikan pendedahan yang meluas terhadap ebook beliau malah pelbagai testimonial positif juga telah berjaya dikumpulkan dalam masa yang singkat.



Anda boleh membaca apa kata orang yang telah membacanya:

Testimonial Pembeli Mentor Jutawan

Satu persoalan untuk anda,

Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi apabila ketahui rahsia 8 mentor jutawan ini.
Ingat! Mereka semua berlainan bidang tetapi rahsia mereka adalah SESUATU yang sama.
Saya amat mengesyorkan anda memiliki sekarang juga.
  • Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
  • Azizi Ali, Jurulatih jutawan
  • Chef Li (Dato' Dr Rusly), Jutawan Senyap
  • Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
  • Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
  • Dato’ Hussamuddin, Pengasas Kumpulan Karangkraf
  • Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura
  • Irfan Khairi, Jutawan Internet
>>>DAPATKAN RAHSIA MENTOR JUTAWAN DISINI SEKARANG<<<

::: Download hadiah percuma untuk pelawat blog doit-info :::

Thursday, October 9, 2008

Anda Tak Perlu Bayar Kali Ini...

Salam Sejahtera,

Syawal sudah hampir ke pertengahan...
Diharap pengurusan kewangan kita semua semakin baik selepas hari raya ini.
Di mana bajet yang terlebih sebelum ini bolehlah distrukturkan semula supaya kita kembali ke track yang betul. InsyaAllah.

Apa pula ko nak merepek kali nie Razif?

Ringkaskan,

Mungkin disini ada yang tahu berkaitan Forum BicaraJutawan? (BJ)
Kini forum ini sedang didalam perstrukturan semula dan pendaftaran telah ditutup.
Jangan risau, cuba baca memo dari BJ dibawah ini:
Kami telah menutup pendaftaran keahlian baru
Pada:20 September 2008 sehingga 15 Oktober 2008

Sebab: Ini kerana terdapat ahli & lama baru mengambil kesempatan untuk melakukan Spamming yang tidak terkawal..

Dan Alhamdulillah, saya telah dilantik sebagai moderator disana. Saya harap apabila pendaftaran dibuka nanti warga UrusInsan serta yang terus mengikuti blog yang tidak seberapa ini akan turut memeriahkan perbincangan disana. Pelbagai pendapat, maklumat dan info terkini akan dikongsi disana...

Dengan ini kepada yang berminat untuk mendapat 2 ARTIKEL PERCUMA dibawah sila email kepada saya:

razifyusof[at]gmail.com dengan subjek


"MAHU 2 ARTIKEL PERCUMA"


Artikel kewangan ini akan dihantarkan ke email selepas 24 jam anda memenuhi syaratnya. Ianya PERCUMA. Semoga ianya banyak membantu anda kelak.

p.s - gantikan [at] kepada @

Tajuk Artikel:
1) Mudahnya Memperolehi RM1 Juta
2) Mak, Nak Duit!


Malah, anda akan turut memperolehi 2 buah PANDUAN yang amat berguna seperti dibawah:





Artikel kewangan ini adalah dari KOLEKSI PINTAR KEWANGAN
Pada yang telah mendapatkan Koleksi Pintar Kewangan sebelum ini,
ianya adalah artikel yang sama yang telah anda miliki. Harap Maklum.

Razif Yusof

Sunday, October 5, 2008

Beraya Dengan Hutang?

Salam Sejahtera,

Zaman sekarang sememangnya amat mudah untuk kita mendapatkan sesuatu barang. Apa jua cara sekalipun, samada dengan cara “tunai” mahupun dengan cara “berhutang” ambil dulu bayar kemudian. Begitulah senario yang kerap berlaku dewasa ini. Aku sendiri pun tidak terlepas dengan senario ini. Tak kiralah di mana korang berada, bukan sahaja di kota2 besar hatta di pekan atau kampung2 kecil sekalipun semuanya sama.

Kata pepatah “Biar Papa Asal Bergaya” kalau tak cukup duit hutang pun tak mengapa. Bersesuaian dengan sekarang di mana tak lama lagi kita akan menyambut Hari raya Aidil fitri….. banyak kedai, syarikat hatta orang perseorangan berlumba2 menarik pelanggan dengan menawarkan “hutang” kepada para pelanggannya.

Pakistan jual carpet pun mengamalkan kaedah ini untuk menarik bakal pembelinya.

Boleh dikatakan wabak ini melanda tak kira usia, jantina mahupun bangsa. Seringkali wanita dikaitkan dengan wabak ini. Hutang barang2 kemas untuk kelihatan bergaya ketika beraya di rumah sedara mara.

Bagaimana Gejala ini Boleh Terjadi??

Gejala hutang ini biasanya terjadi apabila kemahuan mengatasi keperluan. Lupa nak mengukur baju di badan sendiri.

Pinjaman peribadi dan kad kredit kerap menjadi pilihan disamping syarikat2 yang menawarkan perabot atau peralatan elektrik memandangkan syarat2 yang diletakkan amat mudah untuk dilunaskan.

Secara peribadi, aku merasakan hal ini tidak membebankan sangat jika korang punyai pendapatan yang mencukupi untuk melunaskan semua hutang tersebut. Yang menimbulkan masalah jika perbelanjaan korang yang cukup2 makan dan ditambah pula dengan hutang2 yang belum tentu korang dapat lunaskan sepanjang tempoh perjanjian. Akhirnya..apa yang terjadi… ramai yang diisytiharkan muflis dek hutang kad kredit Dan yang lebih menyedihkan lagi sampai ada yang dibunuh dan menjadi buruan ALONG bukannya angah lantaran singkatnya akal untuk memenuhi tuntutan.

Kemungkinan besar, berhutang mempercepatkan hajat kita tercapai dan diperoleh, berbanding menyimpan dahulu yang mungkin agak lambat untuk kita dapatkan apa yang kita inginkan. Tidak dapat dinafikan, banyak faktor yang mempengaruhi sama ada secara langsung atau secara rakaman tidak langsung dan pastinya hanya mereka yang terlibat dengannya sahaja mempunyai lasan tersendiri untuk menjawab setiap persoalan yang dilemparkan.

Ingat….. berhutang asalkan tidak sampai papa kedana. Pesanan ini juga untuk peringatan diri aku sendiri.

Siapa yang perlu disalahkan?? diri sendiri, pihak bank ataupun syarikat2 pemberi hutang??

Salam hormat...

p/s - Post diatas dari blog seorang teman, http://www.afzaiafandi.com/


Daftar Dan Menangi 100 Million Dollar!