Sunday, July 20, 2008

Jutawan Internet Keluarkan Produk Ebook Terhebat!

Salam Sejahtera,

Jutawan Internet tempatan, Dr Irfan Khairi baru saja mengeluarkan sebuah ebook bertajuk


yang mendedahkan strategi bagaimana anda boleh mencapai kejayaan dalam bidang
kewangan dengan cepat.




8 ikon jutawan yang ditemubual itu ialah:

1. Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
2. Azizi Ali, Jurulatih Jutawan
3. Chef Li (Dato’ Dr Rusly), Jutawan Senyap
4. Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
5. Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
6. Dato’ Hussamuddin, Pengasas Kumpulan Karangkraf
7. Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura
8. Irfan Khairi, Jutawan Internet

Setiap ikon jutawan yang berkongsikan ilmu di dalam ebook ini telah terbukti kejayaan mereka di mata masyarakat.

Strategi-strategi yang mereka gunakan adalah strategi jutawan-jutawan seluruh dunia,

bermula daripada zero sehingga menjadi hero.

Memang tidak dapat dinafikan lagi, kelapan-lapan

jutawan ini tahu segala rahsia, tip, strategi,

teknik dan minda bagaimana hendak menjana berjuta ringgit!


Antara kandungan Minda Jutawan ialah:

* Apa yang membezakan jutawan dan mereka yang berpendapatan sederhana?

* Bagaimana kesemua ikon jutawan ini pernah menemui keagalan atau bermula dari ZERO kini menjadi HERO?

* Bagaimanakah mindset seorang jutawan Malaysia?

* Apakah persamaan yang ketara antara kesemua mentor jutawan ini di mana anda juga boleh amalkan?

* Apakah strategi untuk memastikan apa sahaja perniagaan anda akan mencapai kecemerlangan?

* Bagaimana hendak bangun setelah gagal, gagal, dan gagal lagi?

* Apa yang memberi inspirasi kepada jutawan-jutawan ini?

* Apakah yang dilakukan oleh jutawan-jutawan ini yang anda tidak lakukan?

* Mengapa antara kita ada yang bekerja bertungkus lumus, tetapi masih tidak menjadi
jutawan?


Anda boleh mendapatkan ebook Mentor Jutawan dengan klik di sini

Selain dari itu, anda juga berpeluang buat duit dengan mempromosikan ebook ini kepada kawan-kawan anda. Amat digalakkan anda membeli sendiri ebook ini.
Komisyen RM10 akan diberikan bagi setiap jualan.

Caranya:

1. Sila klik di sini untuk ke laman web Mentor Jutawan

2. Di bahagian atas laman web tersebut klik pada menu Affiliate

3. Ikut arahan yang diberikan dan isikan semua butiran anda

4. Semak email anda untuk mendapatkan username dan password

5. Login ke akaun affiliate dan promosikan link affiliate anda

Bayaran komisyen akan dibuat 2 kali sebulan dengan syarat ada jumlah minimum RM20.
Cepat bertindak sekarang kerana ebook ini masih fresh dan banyak rahsia kewangan yang dibongkarkan. Anda pasti tidak akan menyesal.

Keyword: Berapa Nilai Ilmu Bagi Anda???


Monday, July 14, 2008

Tawaran Dari Pengasas Forum Bicara Jutawan.

Tawaran Mengambil Alih Forum Bicara Jutawan.

Petikan kata dari Pakdi aka founder Bicara Jutawan.

Siapa Mahu Ambil Alih Forum BJ?
---
Forum BJ saya tubuhkan secara suka-suka pada sekitar tahun 2005.

Dari forum suka-suka, borak-borak sama kawan-kawan, sekarang Forum BJ ini sudah membesar. Tiap-tiap bulan, dikunjungi hampir 50,000 orang. Tahun ini sahaja, sudah terjadi 3 kali issue bandwidth. Maksudnya, sudah sampai masanya forum ini membesar lagi sehingga boleh tampung hingga 100,000 orang pengunjung sebulan.

Dan kini saya ingin menawarkan forum BicaraJutawan.com ini kepada mereka yang berminat.

Sila emel ke admin[at]pakdi.net untuk tawarkan harga tuan-tuan.
---

Anda Berminat?
Tawaran ini adalah antara yang terhebat keran forum ini juga telah melahirkan ramai celik dan pintar kewangan dalam menjalani kehidupan. Jika anda mampu menguruskan forum tersebut dengan lebih baik sila kemukakan tawaran anda kepada beliau.

Segala perbincanga berkaitan perkara ini juga boleh dibincangkan disini:

http://www.bicarajutawan.com/forum/showthread.php?t=6313

Keyword: Gedung Ilmu Pintar Kewangan aka Minda Jutawan



Thursday, July 10, 2008

Naik Turun Kadar Faedah

Artikel dipetik dari blog Hasbullah Pit

Ada ura-ura kononnya kadar faedah akan dinaikkan untuk membendung inflasi.

Jangan tanya saya samada saya lebih suka kadar faedah naik, atau turun dalam mengatasi masalah ekonomi yang ada di Malaysia ini. Saya impikan dunia ekonomi yang tiada "kadar faedah".

Kenaikan atau penurunan kadar faedah itu hanya kaedah barat untuk turun naikkan inflasi atau rancakkan ekonomi.

Dr.M adalah peminat Kadar faedah rendah, kerana bila rendah rakyat boleh lebih meminjam untuk membeli belah dan rancakan ekonomi.

Sebenarnya kadar faedah rendah hanya sesuai untuk jangka pendek. Jangka panjang akan merugikan rakyat. Lihatlah berapa ramai pemilik kenderaan usang yang belum habis bayar?

Kadar faedah tinggi pula mengurangkan pinjaman baru.
Siapa yang meminjam ketika kadar faedah rendah, kemudian dinaikan akan pening kepala.

Bank tempatan cukup suka promosikan pinjaman ASB. sehinggakan ada yang mencadangkan jual yang lama, dan meminjam dengan kadar baru. Tapi rupanya kadar faedah akan dinaikkan.

Sesiapa yang merisikokan diri dengan membuat pinjaman ASB, baik jual sekarang.

Kalau Zetty nak naikkan kadar faedah untuk mengawal inflasi, ianya bagi saya tetap tidak berkesan kerana kenaikan harga barang bukan disebabkanpermintaan berlebihan, akan tetapi ia disebabkan nilai ringgit yang merundum berbanding matawang bukan-dollar dan disebabkan kenaikan harga minyak.

Inflasi, sebenarnya bukan satu masalah, kalau semua orang berkemampuan.

Sekiranya semua rakyat berkemampuan, inflasi berapa peratuspun akan kelihatan sekadar nombor di atas kertas.

Soal pokok sekarang ialah kemampuan rakyat, bukan nombor pada kadar inflasi.

Tahun 90an dulu inflasi naik tetapi tiada siapa merungut.

Disebabkan kadar faedah rendah ketika zaman setelah Anwar dipecat, ramai rakyat yang berhutang. Berapa ramai dikalangan kita yang asetnya melebihi daripada hutang yang mereka ada?

Saudara Adly, ketika ceramah di Bukit Tembakau suatu ketika dahulu berkata

Kalau tiada hutang, tapi ada duit 10 ribu dalam bank, kaya lah tu



Sekarang ini, ada ramai orang yang berumah cantik, kereta cantik, tapi tak kaya.

Itulah kesan daripada kadar faedah rendah yang digemari Dr.M dan rakyat Malaysia.

Tapi ia bukan ubat sebenar krisis kegawatan ekonomi 1998.

Kesan kegawatan ekonomi 1998 masih ada sehingga sekarang, yang paling ketara ialah nilai ringgit yang sudah separuh harga berbanding negara jiran.
Bapa kepada punca segala kenaikan harga barang.

Bank pun satu, mentang-mentanglah dapat untung ekstra setiap kali kenaikan harga minyak, suka benar mereka mempromosi kad kredit. Kelabu mata golongan sederhana tentang kemudahan kredit itu.

Kad kredit juga banyak membunuh kewangan individu yang terbabas.

Saya tidak percaya kenaikan atau penurunan kadar faedah untuk mengubati ekonomi.

Amerika pun dah pening, sekejap naik, sekejap turun.

Kalau disaat ramai rakyat berkemampuan, kenaikkan kadar faedah mungkin dapat mengurangkan permintaan terhadap "hutang". Tapi rakyat Malaysia penuh dengan golongan tak berkemampuan. Kenaikkan kadar faedah hanya memeritkan rakyat yang berhutang.

Kalau benar Bank Negara nak kurangkan permintaan terhadap "hutang", cantas sahaja had kredit bagi kad kredit, dan kurangkan pengeluaran kad kredit kepada rakyat.

Keyword: Bersediakah kita?