Monday, April 14, 2008

Graduan Muda: Mula Uruskan Wang Anda Sekarang!

Graduan Muda: Mula Uruskan Wang Anda Sekarang!

Saya tahu, anda graduan muda ada ego. Siapa mahu bekerja di bawah terik mentari? Siapa mahu mengutip tin-tin kosong, suratkhabar lama dan menjualnya kembali. Siapa lah yang sanggup berjual di pasar malam. Apatah lagi menebalkan muka untuk membuat jualan direct selling. Tapi ia bukan salah anda, memang anda diajar menjadi seorang pengurus. Anda tidak diajar menjadi kuli atau menjadi bos.

Pekerjaan idaman anda adalah pekerjaan bertali leher, berstatus pegawai dan eksekutif, pejabat berhawa dingin. Ada setiausaha, ada kerani yang menyiapkan kerja-kerja remeh temeh. Gaji masyuk. Itu lah yang terbayang di mata anda bukan?

Akhirnya, dengan gaji hampir RM 2000, anda akhirnya membuat keputusan untuk membeli sebuah kereta baru. Sekarang ini macam-macam ada. Ada Myvi, ada Savvy, ada Viva, ada Gen2. Yang pasti ia mesti baru. Pinjaman kereta 9 tahun pun tidak mengapa. Apalah sangat pembayaran bulan-bulan berjumlah RM 600. Aku seorang eksekutif muda! Mesti ada gaya, mutu dan keunggulan.

Begitulah tindakan pertama rata-rata eksekutif muda. Membeli kereta. Kereta baru. Tempoh pinjaman 9 tahun. Tetapi ramai terlupa. Terlupa yang sesungguhnya yang anda sudah membelanjakan 1/3 pendapatan bulan-bulan untuk kereta, malah jika dicampur kos tol dan minyak, sebenarnya anda sudah membelanjakan 1/2 pendapatan hanya untuk kereta.

Ada yang marah bila dikatakan, “Buying a car is the most stupid thing to do.” “Kalau takde kereta, macam mana aku nak bergerak?” Terpulang. Saya tetap bersetuju sesungguhnya membeli kereta adalah antara tindakan bodoh seorang eksekutif muda. Untuk tempoh 5 tahun pertama, cukuplah beli kereta serendah RM 5,000 dan bukannya RM 50,000. Sekurang-kurangnya anda tidak jadi orang paling bodoh dengan membuat pinjaman 9 tahun untuk sebuah liabiliti.

1/3 pendapatan anda seharusnya disimpan. Saya ulang, disimpan. Buat satu akaun simpanan khas dengan segera. Saya sebut simpanan dan bukannya perlindungan insurans mahupun pelaburan unit amanah. Simpanan adalah simpanan. Jangan campur adukkan simpanan dengan perkara lain.

RM 1000 x 12 x 9 = RM 108,000.

Graduan muda, anda pilih sama ada mempunyi sejumlah simpanan wang tunai sebanyak ini untuk tempoh 9 tahun atau anda memilih sejumlah itu untuk dileburkan demi sebuah kereta?

—————————————————————

Artikel ini disumbangkan oleh Cashflow Club BicaraJutawan.com.

Simulasi pelaburan Cashflow 101 mengajar anda menyimpan dari
30%-50% pendapatan sebulan anda. >>>Maklumat Lanjut<<<

—————————————————————

Keyword: Uruswang Perlukan Guru

2 comments:

noobblogger said...

hmm.. saya tergerak untuk komen post saudara.

betul ke jumlah 1/3 dari pendapatan tu perlu disimpan? tidakkah ia membebankan individu itu sendiri?Kalau gaji anda RM2100, maka RM1400 saja yang tinggal untuk kegunaan harian. Mmg betul bagus untuk menabung, saya sendiri juga menabung, tetapi hanya 10% daripada pendapatan saya.

Kereta RM5000? Kereta apa tu? Setahu saya kereta yang "murah" sangat ni, nanti banyak pula yang dia "minta". Minta absorber baru lah, minta karburetor baru lah. Macam-macam. Kalau nak beli kereta second hand pon, at least pilih yg berusia 3-5tahun (kalau kereta malaysia, import saya tak tahu). 3-5tahun punya second hand mana dapat RM5000 bro..

Razif Yusof said...

Sebenarnya ianya adalah satu peringatan kepada kita semua. 1/3 adalah perkara biasa bagi yang telah mantap dari segi pengurusan kewangannya. Malah ada teknik-teknik yang digunakan untuk menyimpan 100% dari jumlah pendapatan. Itulah yang perlu dipelajari dalam menguruskan kewangan.

Berkaitan nilai susut kereta dalam 3 atau 4 tahun harga kereta akan merudum jatuh. Semuanya terpulang kepada kita. Kita ada hak untuk memilih.

Pernah dengar kata Azizi Ali?
"Kalau beli kereta, pastikan anda boleh membayar hutang dalam tempoh setahun. Jika tidak, bermakna anda tidak mampu membeli kereta itu."