Tuesday, May 27, 2008

Urus Akaun Anda Dengan MoneyDance

Dari Laman: Blog Webmaster Malaysia
Hasil Tulisan Saudara Alang.

Tiada sebarang pengubahsuaian dilakukan dalam tulisan ini.
Harap Maklum.


Urus akaun anda dengan MoneyDance

Bagi seorang usahawan, amat penting untuk anda menguruskan akaun pendapatan dan perbelanjaan anda dengan baik untuk mengetahui sama ada anda mengalami keuntungan atau kerugian. Selain itu, ianya juga penting untuk mengetahui dari mana sumber pendapatan anda dan ke mana perbelanjaan anda. Perkara ini juga tidak terkecuali bagi seorang usawahan internet.

Saya mula membuat akaun pendapatan dan perbelanjaan saya semenjak tahun 2005 apabila saya mula menjadi usahawan internet sepenuh masa. Pada mulanya, saya hanya menggunakan Microsofoft Excel sahaja. Tetapi kemudiannya saya mula mencari satu perisian yang lebih sofistikated di mana saya tidak perlu melakukan segalanya secara manual. Akhirnya, saya menggunakan perisian Quicken Home & Business di mana walaupun harganya agak mahal tetapi ia mempunyai segala fungsi yang saya perlukan.

Apabila saya beralih ke Mac OS X, saya mula menghadapi masalah kerana perisian Quicken untuk Mac amat berbeza dengan Quicken untuk windows di mana banyak fungsi-fungsinya tiada. Setelah beberapa minggu mencari dan beberapa puluh perisian dicuba, akhirnya saya berpuas hati dengan perisian MoneyDance. Walaupun fungsi-fungsinya tidak sebanyak Quicken Home & Business, tetapi semua fungsi yang saya perlukan seperti multiple account, split transaction, multiple currency dan income & expense report terdapat pada perisian ini. Antaramuka (interface) perisian ini juga tidaklah secantik Quicken tetapi apa yang penting ialah fungsinya.

Gambar dibawah menunjukkan bahagian homepage perisian ini di mana anda dapat melihat keseluruhan akaun anda, bil-bil yang perlu dibayar, kalendar dan sebagainya. Anda boleh mengubahsuai bahagian homepage ini mengikut kesesuaian anda.

homepage.png

Edit Splits.jpg

Fungsi split transaction yang terdapat pada perisian ini membolehkan anda merekodkan transaksi akaun paypal anda. Sebagai contoh seperti gambarajah di atas, apabila saya menerima bayaran melalui akaun paypal, saya cuma perlu memasukkan maklumat bayaran diterima seperti nama pembayar di ruangan description, untuk apa bayaran tersebut di bahagian kategori, dan berapakah jumlah yang dibayar. Kemudiannya dengan menggunakan split transaction, saya boleh memasukkan jumlah PayPal fee yang dikenakan di mana akhirnya saya terus mendapat jumlah bersih pendapatan saya.

Semua transaksi direkodkan mengikut urutan tarikh secara automatik jadi anda tidak perlu melakukannya secara manual. Walaubagaimanapun, anda masih boleh mengubah tarikh tersebut mengikut bilakah sebenarnya tarikh transaksi berlaku.

Selain itu, fungsi multipe account membolehkan anda menguruskan kesemua akaun anda termasuklah PayPal, Maybank, CIMB, kredit kad dan sebagainya. Fungsi multiple currency membolehkan anda memindahkan wang dari akaun PayPal ke akaun bank tempatan mengikut nilai kadar tukaran semasa. Kadar tukaran ini boleh ditukar pada bila-bila masa melalui setting dan juga semasa anda hendak merekodkan transaksi tersebut. Sebagai contoh apabila saya menjual wang di dalam akaun paypal saya dengan kadar tukaran $1 USD = RM2.95, saya cuma perlu memasukkan kadar tukaran tersebut (2.95( dan secara automatik jumlahnya di dalam RM, akan dimasukkan ke dalam akaun Maybank saya.

Moneydance_ SZAB Network.md.jpg

Terdapat pelbagai report yang boleh dihasilkan melalui perisian ini sama ada carta, graf ataupun report biasa. Anda boleh menghasilkan report mengikut tahun, bulan, tahun semasa, bulan semasa dan sebagainya. Jika kaedah report sedia ada tidak memenuhi keperluan anda, anda boleh menghasilkan report sendiri dan seterusnya menyimpan format report tersebut untuk digunakan di masa hadapan.

Report_ Income.jpg

Perisian ini bukan hanya terdapat dalam platform Mac OS sahaja tetapi terdapat juga untuk platform Windows dan juga Linux. Walaubagaimanapun, perisian ini bukanlah percuma di mana anda perlu membelinya dengan harga $39.99 USD.

***
Semoga ianya akan memberi banyak manfaat pada semua dalam menilai semula cash flow kearah yang lebih positif.

Keyword: Berapa RM yang telah anda belanjakan minggu lepas?

No comments: