Thursday, May 22, 2008

Tak Boleh! Tak Boleh!!!

Artikel diambil dari web SAUDARA NOORIZAM SHAH yang merupakan seorang usahawan Internet yang berjaya. Harap Maklum. Tiada sebarang pengubahsuaian dilakukan.

“Aduihhhhh.. setiap bulan saya tak cukup duit.. mana saya nak cekau duit! arghhhh”

“Ala, org tu banyak duit boleh laa.. saya kerja dah la gaji kecik.. nak menyimpan apatah lagi”

“Orang tu boleh buat sebab diorang pandai, saya? dah la tak ada pengalaman.. saya memang tak boleh!”

Fikirkan tidak boleh!
Perasaan ini sering berada pada majoriti masyarakat. Ramai memandang rendah dengan kebolehan diri sendiri- perasaan fikirkan tidak boleh.

Perasaan ini adalah perasaan yang sering bercakap pada diri sendiri bahawa “Saya tidak boleh melakukannya. Saya akan gagal”. Setiap kali peluang atau keadaan hadir didepan anda, pemandangan anda menjadi kelabu dengan fikiran tidak boleh ini.

Pakar psikologist, Abraham Maslow mengatakan; memandang rendah dengan kebolehan sendiri terjadi adalah kerana secara sedar ataupun tidak, seseorang itu telah menerima di fikirannya bahawa tiada apa yang dia boleh lakukan untuk mengubah keadaan dirinya.

Teringat saya dengan cerita Eddy Murphy The Nutty Professor (di mana Eddy Murphy menjadi Professor Sherman yang amat gemuk) dan ketika beliau ingin menurunkan berat badannya, beliau ke gym dan bersenam sambil berkata “Yes I can!… Yes I can!”.

Anda juga perlu menjadi seperti ini. Bukan menjadi amat gemuk! :). Setiap kali anda ingin membuat perubahan kepada diri anda, lawan fikiran dalaman anda yang sering mengatakan “tidak boleh” kepada “Saya Boleh! Saya Boleh! Saya Boleh!”.

Saya pula selalu membayangkan Professor Sherman setiap kali! Mesti saya tersenyum ketika berhadapan dengan keadaan “Fikirkan Tak Boleh”

Fikirkan tidak boleh ini berkaitan rapat dengan konsep kendiri kita. Konsep kendiri bermaksud bagaimana anda melihat diri anda sendiri. Sekiranya anda melihat diri anda mempunyai keyakinan diri yang rendah, maka, begitulah cara anda akan fikirkan tentang
keseluruhan diri anda dan anda akan kaitkannya dengan apa sahaja anda lakukan.
Amacam? Boleh ke Tak Boleh?

Keyword: Anda Yakin Anda Boleh?

No comments: