Friday, August 15, 2008

Buatlah Pelaburan Anda!

Simpan atau labur?

Menyimpan adalah salah satu daripada method/kaedah untuk kita mengurus kewangan kita. Kaedah seterusnya adalah dengan melaburkan wang/pendapatan kita. Pelaburan yang dimaksudkan di sini bukanlah pelaburan internet haram yang kononnya menjanjikan pulangan yang tinggi sehingga 200% sebaliknya pelaburan yang sah disisi undang-undang dan terjamin iaitu melaburkan wang kita contohnya ke dalam akaun Amanah Saham atau pun Unit Amanah (Unit Trust). Konsep pelaburan ini adalah untuk menjadikan wang simpanan kita tadi terus berkembang dan memberi perolehan/pulangan yang memuaskan bergantung kepada amaun/dana dan jangkamasa ianya dilaburkan.



Apakah perbezaan di antara wang simpanan dan wang pelaburan?

Akaun simpanan/savings account bermaksud kita menyimpan wang tersebut ke institusi kewangan atau bank-bank yang kebiasaannya memberi pulangan dengan kadar faedah sekitar 1% atau berbentuk bonus sekitar 4% seperti Tabung Haji. Kebiasaannya, wang simpanan digunakan untuk urusan atau transaksi keluar masuk atas tujuan keperluan perbelanjaan penyimpan.

Pengurusan wang simpanan yang terbaik ialah mengeluarkannya hanya untuk tujuan seperti kecemasan, pelajaran dan kegunaan di masa hadapan (pembelian rumah atau pun perkahwinan).

Pelaburan ialah tindakan meletakkan wang/dana bagi satu tempoh tertentu untuk memperolehi kadar pulangan yang dikehendaki. Sebagai contoh untuk tahun lepas kadar pulangan/dividen & bonus bagi pelabur yang menyimpan di Amanah Saham adalah sekitar 8.55% manakala bagi Unit Amanah pula sekitar 10% ke atas. Perlu diingat di sini bahawa walaupun kadar pulangan boleh dijangka, namun ia tidak memberi sebarang jaminan bahawa nilai pulangan yang diperolehi pada tahun berikutnya adalah lebih tinggi berbanding dari tahun sebelumnya. Sebagai seorang pelabur seorang itu harus menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit.

Disiplin dalam mengurus wang simpanan dan pelaburan adalah dengan memahami dan melaksana konsepnya dengan betul. Wang pelaburan seharusnya tidak dikeluarkan (unit dijual) secara kerap kerana secara umumnya pelaburan itu mengambil satu jangka masa yang tertentu untuk memperolehi pulangannya berbanding dengan wang simpanan yang tidak membatasi jangka masa tertentu untuk memperolehi pulangan. Jadi segala urusan atau transaksi keluar dan masuk bolehlah dilakukan secara kerap bergantung kepada keperluan penyimpan.

Mahukan Lebih ilmu pengurusan kewangan berkualiti???
Dapatkan Disini: