Tuesday, August 26, 2008

Saranan Percuma Sesuatu Yang Merugikan???

Saranan ‘percuma’ termasuk daripada rakan boleh jadikan situasi lebih huru-hara

MEMASUKI alam pekerjaan bukan sekadar satu impian tetapi satu kemestian. Suka atau tidak, seiring anjakan usia, kehidupan harus diteruskan bukan lagi dengan pembiayaan ibu bapa tetapi sendirian berhad (sendiri). bagaimana caranya untuk menampung keperluan ini? Tentunya dengan bekerja.

Seawal menjejakkan kami ke alam pekerjaan, anda pastinya menerima pelbagai nasihat kewangan…secara percuma. Jangan boros, perlu berjimat dan elakkan berhutang kad kredit. Ini sememangnya nasihat yang bagus.

Tetapi AWAS!!! Tidak semua nasihat, pesanan, petua dan pantang-larang kewangan yang anda terima itu bagus. Salah pertimbangan, kedudukan kewangan anda akan menjadi lebih huru-hara.

Penulis kolum kewangan The Wall Street Journal, Jonathan Clements, menyebut mereka yang baru menceburi bidang pekerjaan sering kali diberikan nasihat kewangan secara percuma dan kebanyakan nasihat itu tidak membantu sebaliknya mampu menimbulkan pelbagai masalah.

Empat `nasihat’ popular di bawah, kata Clements, adalah antaranya.

1. Himpun/Kumpul Tunai

Seawal menceburi dunia pekerjaan, pasti ramai yang menyimpan pelbagai cita-cita - membeli kereta, rumah dan tidak ketinggalan melabur dalam pasaran saham.

Tetapi, ramai pakar kewangan berpendapat perkara paling penting yang harus dilakukan adalah membuat simpanan untuk kecemasan sekurang-kurangnya enam bulan jumlah perbelanjaan harian.

Hakikatnya, kata Clements, nasihat ini tidak realistik. Sekalipun anda menyimpan 10 peratus daripada pendapatan selepas pembayaran cukai, anda mungkin mengambil masa yang lama untuk membuat simpanan sebanyak itu.

Memburukkan keadaan, katanya, dalam memastikan simpanan kecemasan terus kukuh, ramai yang mengabaikan tabungan atau caruman yang lebih penting seperti skim kemudahan pekerja atau simpanan bagi pembelian rumah.

Nasihat beliau, lupakan tabungan untuk waktu kecemasan ini sebaliknya pastikan caruman dalam skim kemudahan pekerja, yang akan memberi pulangan lebih baik.

Ada simpanan dan nasib terbela sebagai pekerja.

2. Berbelanja mewah (besar)

Beli rumah paling besar yang boleh. Jangan, kata Clements. membuat pinjaman yang besar untuk membeli rumah yang besar dan mahal adalah satu tindakan tidak bijak, katanya. Anda hanya akan menambah beban perbelanjaan bulanan bagi membayar pinjaman perumahan dan mungkin beban membayar kos penyelenggaraan, cukai hartanah dan premium insurans perumahan sepanjang hayat.

Sepatutnya, beli rumah yang seadanya, sesuai dan selesa untuk anda dan keluarga.

3. Beli insurans nyawa

Ejen insurans sentiasa `mendesak’ pekerja muda, dalam usia 20-an untuk membeli insurans nyawa merangkumi kemudahan pampasan kematian dan simpanan pelaburan dengan alasan ia lebih murah jika dibeli pada usia muda.

Jangan! Kata Clements, pembelian insurans sebegini, yang ternyata mahal hanya akan menjadi pelaburan yang tidak berfaedah jika syarikat anda menawarkan pelbagai skim atau pelan kemudahan pekerja yang melindungi kebajikan anda.

Perlu ingat, tujuan utama membeli insurans nyawa adalah untuk melindungi keluarga anda - anda tidak memerlukannya jika tidak berkeluarga, tiada suami, isteri atau anak. Jika sudah berkeluarga, dapatkan insurans yang hanya menawarkan kemudahan atau pampasan kematian. Itu sudah memadai, kata Clements.

4. Bergerak seiring pertumbuhan ekonomi

Sering kali anda dinasihatkan supaya membuat pelaburan besar dalam pasaran saham pada usia muda kerana pertama, ada masa panjang sebelum bersara dan kedua, cukup masa mengaut keuntungan sebelum pasaran saham jatuh. Ini adalah nasihat yang bagus - secara teori.

Realitinya, anda pasti tidak mahu melabur dalam pasaran saham dan panik ketika pasaran saham merudum. Lebih-lebih lagi, jika anda masih baru dalam `permainan’ ini dan tidak pernah berhadapan dengan krisis kejatuhan pasaran.

Sebaiknya, kata Clements, mulakan pelaburan dengan 60 peratus untuk saham dan 40 peratus bon. Jika anda tidak gusar dengan pasang surut pasaran saham, tingkatkan pelaburan saham ke 85 peratus atau 90 peratus satu atau dua tahun kemudian.

Kesimpulannya, jangan terlalu mudah terpengaruh dengan nasihat kewangan dan `termakan’ pujuk mereka yang konon-kononnya bergelar perundingan kewangan. Kenali kedudukan kewangan anda dan rancang perbelanjaan sebaiknya. Berpegang kepada perkara paling asas dan anda pasti tidak akan mengalami masalah kewangan.

Sumber: http://almizan.wordpress.com/

Wednesday, August 20, 2008

Sedikit Ulasan Admin UI



Ulasan Saudara Zaidi yang merupakan Admin UrusInsan..
Sertai forum di :

http://urusinsan.net/forum


Secara umumnya kejayaan sesetengah ahli UI adalah kerana mereka mengambil keputusan untuk berubah dan hanya perlu "Do it" atau dalam bahasa Melayunya "Du it" . Oleh kerana individu-individu ini "Do it" maka mereka pun terima habuan "Duit". Manakala yg lain masih dlm keadaan "wait and see" , oleh kerana mereka tidak "du it" atau ambil apa-apa tindakan, maka kedudukan mereka masih "wait and see", jadi tunggulah sampai bila-bila.

Individu yg berjaya di dalam UI dengan objektif kewangan masing-masing tidak perlu jual nasi lemak (bukan maksud saya menghina mereka yg jual nasi lemak) atau bekerja teruk2 dan sebagainya, malah kebanyakan mereka tidak perlu buat kerja berat atau kerja lebih. Apa yg perlu mereka lakukan hanyalah "Cuci Minda" Mengubah cara mereka berfikir dan "walllah " seperti magic .. semuanya menjadi bertambah senang ..bertambah tenang .. kurang atau tiada lagi hutang ..lebih byk simpanan dan lain-lain lagi perkara baik berlaku kepada diri mereka.

Semua ini adalah merupakn pilihan yang mereka ambil ..mana yg dah buat keputusan utk berubah ... nampak la hasilnya .. mana yg tidak ..ehmm pi mai - pi mai tang tu je laaa.

Jadi ..terpulanglah kepada kebijaksaan anda berfikir untuk gunakan otak anda saamaada sanggup berubah utk kebaikan atau tidak ... untung dan rugi terletak di tangan anda, kami di urusinsan hanya menyediakan tempat untuk anda bermula ... selebihnya terpulanglah kepada anda.

Saving atau simpanan hanya langkah awal, perkara asas atau basic , dan tak heran kalau ada yaag boleh menyimpan 100% dari pendapatan atau 200% pun daripada pendapatan. Ianya hanya langkah awal yang asas yang perlu dilakukan, kalau peringkat ini pun tak lepas dan tak boleh nak kawal.

Rasanya macam mana nak kawal wang yang berjumlah RM1 juta misalnya? Apa selepas simpanan? pelaburan? pelaburan apa? apa selepas pelaburan? pernigaan? perniagaan apa? dan seterusnya, ianya adalah satu proses pembelajaran, proses pendidikan dan peningkatan ilmu. peringkat satu belajar mengurus wang yg ada , menyimpan dan sebagainya.

Selepas itu ada banyak lagi perkara tentang kewangan yang perlu dipelajari, bagaimana nak gandakan wang anda menjadi 2X ganda dalam masa 1 tahun misalnya. Apa yang saya katakan disini bukan skim cepat kaya dan seumpanya tapi satu proses pendidikan dan mencari ilmu.

jadi teruskan usaha anda, buka minda , lagipun anda tidak perlu bekerja siang dan malam untuk mencari wang, dengan ilmu yang betul, wang akan bekerja untuk anda (money never sleep , people do), carilah ilmu nescaya anda akan lebih matang dan setiap pekerjaan itu akan menjadi semakin mudah. Insyaallah.

Adakah anda sudah bersedia untuk menerima ilmu ini? persoalannya ialah ... adakah minda anda sudah bersedia? Anda diantara kita yang mungkin sudah biasa pegang duit ratus-ratus ribu, la nie nak rasa pegang duit juta-juta , bagi yang baru merasa pengang duit ratus-ratus dan ribu-ribu anda perlu belajar dulu pegang duit belas ribu dan puluh ribu dulu baru pegang ratus ribu dan seterusnya ke jutaan. Ingat, ianya satu proses dan ini bukan satu pertandingan siapa cepat dia dapat, anda bukan berlumba dengan orang lain kecuali diri anda sendiri.

Banyak ilmu yang beliau kongsikan disana....