Monday, February 23, 2009

Slumdog Millionaire, Filem Untuk Bakal Jutawan.

Salam Sejahtera,

Kini semakin kita fikirkan tentang jutawan, semuanya yang kita

akan dengar, lihat, pandang dan bicara secara automatik adalah berkaitan jutawan.

Ya...Iklim panas dalam mood Anugerah Academy Oscar baru sahaja berakhir.

Dan keputusannya memihak kepada "Slumdog Millionaire" yang merupakan

filem terbaik pada kali ini. Malah filem ini turut membolot 7 anugerah yang lain.



Sudahkah anda menontonnya? Dan mengapa filem ini layak menjadi pilihan?

Jawapannya cukup mudah.

Slumdog Millionaire bukan sebuah filem tipikal Hollywood yang sering kali dimomokkan kepada

penonton. Slumdog Millionaire sebuah filem yang mempunyai jiwa yang cukup kuat,

utuh dan penuh kejujuran apabila ia menceritakan kehidupan serta kesempitan

masyarakat India di Mumbai yang terlindung di sebalik kemewahan dan keindahan sebuah

negara bernama India.

Bukan eksploitasi tetapi ia adalah realiti hidup apabila tunjang Slumdog Millionaire berkisarkan

kehidupan seorang anak jalanan yang buat huruf.

Ianya menjadikan filem ini dalam kategori WAJIB TONTON.


Info perlu tahu:

Difilemkan di kawasan miskin di Mumbai, "Slumdog Millionaire" pada satu ketika

tidak mempunyai pembiaya apabila ia digugurkan Warner Independent Pictures.

Namun, ia akhirnya diselamatkan Fox Searchlight Pictures

yang menayangkan filem itu pada November lalu.

TIPS: Jatuh bangun dalam usaha mencapai kejayaan adalah perkara biasa,
apa yang perlu adalah keberanian untuk mencuba.

Monday, February 16, 2009

Senarai Terbaru Jutawan Malaysia.

----------------------
INFORMASI VISI JUTAWAN
----------------------

Senarai Terbaru Jutawan Malaysia!

Salam Sejahtera,

Berikut adalah senarai terkini 10 orang terkaya di Malaysia.
Menurut kaji selidik majalah Malaysian Business.

1) Tan Sri Robert Kuok (RM26.6 bilion)
2) Ananda Krishnan (RM20.1 bilion)
3) Tan Sri Teh Hong Piow (RM8.15 bilion)
4) Tan Sri Lee Shin Cheng - IOI Corporation (RM7.4 bilion).
5) Tan Sri Quek Leng Chan (RM4.5 bilion)
6) Puan Seri Lee Kim Hua (RM3.5 bilion)
7) Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (RM3.18 bilion),
8) Tan Sri Vincent Tan - Berjaya Group (RM1.79 bilion),
9) Tan Sri Tiong Hiew King (RM1.64 bilion)
10) Tan Sri Azman Hashim - Arab-Malaysian Corp (RM1.42 bilion).

Bagaimana membina minda jutawan?

Jutawan tahu secara jelas dan terperinci apa yang diinginkan.
Matlamat mereka adalah jelas dan jitu.
Matlamat mereka adalah besar dan sukar untuk dicapai
tetapi... ianya tidak mustahil.


Tips:
Jutawan banyak memberi.
Petikan dari karya Dr Thomas Stanley,
"The Millionaire's Mind" antara sikap jutawan adalah suka memberi.
Hadis juga menyatakan bahawa sekiranya kita memberi
1 dengan ikhlas, 10 akan dikembalikan kepada kita.

Jadi, sekiranya anda jenis kedekut dan tidak suka memberi,
minta maaf, jutawan bukanlah untuk anda!


---------------------------------------------
Tabung DAKAP (Dana Kemanusiaan Palestin)
kini telah terkumpul sebanyak RM1,434,213.17.

Sumbangan boleh disalurkan:
Maybank: 5621 4270 8704
CIMB: 1259 0000 8040 25

Info lanjut: http://www.irm.org.my


---------------------------------------------
Membina pendapatan menerusi internet.
Tanpa perlu bercakap atau berjumpa sesiapa.

http://peluang.visijutawan.com
-------------------------------------------