Monday, February 23, 2009

Slumdog Millionaire, Filem Untuk Bakal Jutawan.

Salam Sejahtera,

Kini semakin kita fikirkan tentang jutawan, semuanya yang kita

akan dengar, lihat, pandang dan bicara secara automatik adalah berkaitan jutawan.

Ya...Iklim panas dalam mood Anugerah Academy Oscar baru sahaja berakhir.

Dan keputusannya memihak kepada "Slumdog Millionaire" yang merupakan

filem terbaik pada kali ini. Malah filem ini turut membolot 7 anugerah yang lain.



Sudahkah anda menontonnya? Dan mengapa filem ini layak menjadi pilihan?

Jawapannya cukup mudah.

Slumdog Millionaire bukan sebuah filem tipikal Hollywood yang sering kali dimomokkan kepada

penonton. Slumdog Millionaire sebuah filem yang mempunyai jiwa yang cukup kuat,

utuh dan penuh kejujuran apabila ia menceritakan kehidupan serta kesempitan

masyarakat India di Mumbai yang terlindung di sebalik kemewahan dan keindahan sebuah

negara bernama India.

Bukan eksploitasi tetapi ia adalah realiti hidup apabila tunjang Slumdog Millionaire berkisarkan

kehidupan seorang anak jalanan yang buat huruf.

Ianya menjadikan filem ini dalam kategori WAJIB TONTON.


Info perlu tahu:

Difilemkan di kawasan miskin di Mumbai, "Slumdog Millionaire" pada satu ketika

tidak mempunyai pembiaya apabila ia digugurkan Warner Independent Pictures.

Namun, ia akhirnya diselamatkan Fox Searchlight Pictures

yang menayangkan filem itu pada November lalu.

TIPS: Jatuh bangun dalam usaha mencapai kejayaan adalah perkara biasa,
apa yang perlu adalah keberanian untuk mencuba.

No comments: