Sunday, October 5, 2008

Beraya Dengan Hutang?

Salam Sejahtera,

Zaman sekarang sememangnya amat mudah untuk kita mendapatkan sesuatu barang. Apa jua cara sekalipun, samada dengan cara “tunai” mahupun dengan cara “berhutang” ambil dulu bayar kemudian. Begitulah senario yang kerap berlaku dewasa ini. Aku sendiri pun tidak terlepas dengan senario ini. Tak kiralah di mana korang berada, bukan sahaja di kota2 besar hatta di pekan atau kampung2 kecil sekalipun semuanya sama.

Kata pepatah “Biar Papa Asal Bergaya” kalau tak cukup duit hutang pun tak mengapa. Bersesuaian dengan sekarang di mana tak lama lagi kita akan menyambut Hari raya Aidil fitri….. banyak kedai, syarikat hatta orang perseorangan berlumba2 menarik pelanggan dengan menawarkan “hutang” kepada para pelanggannya.

Pakistan jual carpet pun mengamalkan kaedah ini untuk menarik bakal pembelinya.

Boleh dikatakan wabak ini melanda tak kira usia, jantina mahupun bangsa. Seringkali wanita dikaitkan dengan wabak ini. Hutang barang2 kemas untuk kelihatan bergaya ketika beraya di rumah sedara mara.

Bagaimana Gejala ini Boleh Terjadi??

Gejala hutang ini biasanya terjadi apabila kemahuan mengatasi keperluan. Lupa nak mengukur baju di badan sendiri.

Pinjaman peribadi dan kad kredit kerap menjadi pilihan disamping syarikat2 yang menawarkan perabot atau peralatan elektrik memandangkan syarat2 yang diletakkan amat mudah untuk dilunaskan.

Secara peribadi, aku merasakan hal ini tidak membebankan sangat jika korang punyai pendapatan yang mencukupi untuk melunaskan semua hutang tersebut. Yang menimbulkan masalah jika perbelanjaan korang yang cukup2 makan dan ditambah pula dengan hutang2 yang belum tentu korang dapat lunaskan sepanjang tempoh perjanjian. Akhirnya..apa yang terjadi… ramai yang diisytiharkan muflis dek hutang kad kredit Dan yang lebih menyedihkan lagi sampai ada yang dibunuh dan menjadi buruan ALONG bukannya angah lantaran singkatnya akal untuk memenuhi tuntutan.

Kemungkinan besar, berhutang mempercepatkan hajat kita tercapai dan diperoleh, berbanding menyimpan dahulu yang mungkin agak lambat untuk kita dapatkan apa yang kita inginkan. Tidak dapat dinafikan, banyak faktor yang mempengaruhi sama ada secara langsung atau secara rakaman tidak langsung dan pastinya hanya mereka yang terlibat dengannya sahaja mempunyai lasan tersendiri untuk menjawab setiap persoalan yang dilemparkan.

Ingat….. berhutang asalkan tidak sampai papa kedana. Pesanan ini juga untuk peringatan diri aku sendiri.

Siapa yang perlu disalahkan?? diri sendiri, pihak bank ataupun syarikat2 pemberi hutang??

Salam hormat...

p/s - Post diatas dari blog seorang teman, http://www.afzaiafandi.com/


Daftar Dan Menangi 100 Million Dollar!