Saturday, September 20, 2008

Raya, Jimat, Bonus & Duit Raya...

Salam,

Nampaknya sedar tak sedar sudah 2/3 Ramadhan berlalu...
Kini segalanya mungkin sibuk dengan persiapan raya dan sebelum ini sudah puas
dengan santapan berbuka yang enak-enak belaka... Saya pun agak sibuk kebelakangan ini untuk membuat
post yang terkini disini... Ya... tawaran promosi Ramadhan bagi "Pintar Kewangan" telah tamat... Harganya kembali ke asal RM30.

Sedikit perkongsian dari En Dlie,

"Saya ingin berkongsi bersama-sama anda tips-tips berjimat cermat pada bulan Ramadhan ini. Mungkin ramai yang akan berkata, bab-bab makan ni memang dah jimat dah.. maklumlah, siang tak makan apa pun.. Tetapi tanggapan ini silap!

Ya! Ini tidak mustahil. Jika bukan bulan puasa, sehari anda berbelanja untuk sarapan dan makan tengah hari lebih kurang RM10. Apabila tiba bulan puasa pula, anda berbelanja RM20 malah tidak mustahil lebih daripada itu kerana mahu berbuka di hotel-hotel dan restoran yang menawarkan pakej berbuka puasa.

Bukan setakat makanan sahaja, perbelanjaan lain seperti baju raya, kuih raya, langsir baru, perabot baru dan sebagainya semuanya di beli pada bulan Ramadhan. Ini menyebabkan ‘bajet lari’ yang akhirnya merana diri.

Maka dengan sebab itulah, anda perlu merancang perbelanjaan anda. Oleh kerana anda sudah pun tahu akan kedatangan bulan Ramadhan dan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, maka persediaan hendaklah di lakukan dengan lebih awal kerana umum mengetahui kebanyakkan harga barangan akan naik pada bulan Ramadhan.

Berikut beberapa tips mudah (walaupun mungkin di antaranya agak terlambat) :

1. Tempahlah baju raya awal dan siap sebelum bulan puasa.
(Harga kain lebih murah dan upah jahit pun lebih rendah).

2. Jika mahu menukar perabot atau perhiasan dalaman, rancanglah terlebih dahulu mengikut keutamaan dan kepentingan. (Beli sikit-sikit pada tiap-tiap bulan sebelum tiba bulan Ramadhan)

3. Ajak keluarga berbuka di masjid atau surau. (Kan free jer..)

4. Masak sendiri juadah berbuka di rumah berbanding beli diluar.

5. Kuih raya memang mahal! Kalau buat sendiri, kosnya lebih murah.

6. Bertukar-tukar kuih raya dengan saudara-mara dan jiran tetangga. Daripada 1 kuih, kini anda mempunyai pelbagai jenis kuih yang lain. :-)

7. Berilah duit raya setakat yang anda mampu. Jangan memaksa diri kerana pemberian duit raya adalah satu sedekah dan ia perlu ikhlas.

8. Bertukar-tukar juadah berbuka dengan jiran tetangga. InsyaAllah jiran tetangga juga akan membalas juadah berbuka yang lain. (Jadi tak payah lah beli kat bazar..)

Tips-tips di atas adalah sebahagian sahaja. Anda boleh cari banyak lagi tips-tips lain di internet atau buku-buku mengenai pengurusan kewangan."


Kini... bonus pula yang ditunggu, rezeki InsyaAllah makin bertambah.
Aperpun gunakannya untuk keperluan bukannya mengikut nafsu semata-mata.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan:


"Salam Aidilfitri buat semua terutamanya warga UrusInsan kerana
kelahiran blog dan ruangan
ini adalah merupakan cetusan minda dari pengalaman di UrusInsan"

Artikel ini bermanfaat kepada anda?
Berilah saya duit raya sebanyak 1 Dollar DISINI...
Terima kasih...