Tuesday, June 17, 2008

MMenghadapi Kenaikan Harga Minyak dan Barangan

Oleh : Zaidi Ismail

Ramai yang bertanya kepada saya apa yang boleh dilakukan untuk menghadapi kenaikan harga minyak dan kelangsungan kenaikan harga barang. Disini letaknya daya kreativiti dan imaginasi serta perubahan minda yang telah di asuh sekian lama.

Sebagai contoh, dikala orang ramai membeli 10kg sekampit beras dengan harga RM28 hingga RM30 sekampit, saya membelinya dengan harga RM25 sekampit dengan pembelian secara pukal. Dikala orang ramai terpaksa membeli minyak dengan harga RM2.70 seliter, ramai kenalan saya menggunakan NGV dengan harga RM8 untuk 200Km. Begitu juga dengan pelbagai barangan dan keadaan lain.

Antaranya ialah :-

  • Menukar "mindset" pejabat yang berhampiran dengan tempat tinggal kepada tempat tinggal yang berhampiran dengan pejabat dengan melakukan penghijrahan tempat tinggal. Ini lebih mudah dilakukan berbanding cuba untuk berhijrah pekerjaan.
  • Menukar kenderaan sedia ada dari kenderaan peribadi kepada kenderaan awam dengan melakukan "penyewaan" setempat atau lebih dikenali sebagai carpool dari tempat kerja anda ke kawasan sekitar tempat tinggal anda.
  • Pembelian barang keperluan secara pukal. Ahli urusinsan boleh berhubung sesama ahli misalnya untuk berkumpul membeli barangan secara pukal. Misalnya beras yang boleh dibeli dengan harga RM25 secara pukal atau barangan lain. Apa yang diperlukan hanyalah koordinasi sesama ahli yang boleh dilakukan di portal urusinsan yang telah disediakan kemudahan untuk para ahlinya.
  • Mengunakan teknik BT untuk melambatkan kesan pembiayaan barang keperluan dengan pembayaran 10% hingga 30% kadar sebenar pembelian dan selebihnya boleh disimpan di ASB dan Dividen ASB boleh digunakan sebagai subsidi mengekang harga barangan keperluan yang tinggi.
  • Memberhentikan terus perkhidmatan atau kemudahan bukan keperluan dan mengantikannya dengan alternatif yang lebih murah. Sebagai contoh memberhentikan perkhidmatan ASTRO dan Talifon bimbit dan beralih kepada jalur lebar atau broadband , ASTRO = RM50 sebulan (minima) dan Telefon Bimbit = RM50 sebulan (minima) kepada jalur lebar (broadband) mudah alih = RM66 sebulan. Penjimatan sebanyak RM34 sebulan yang boleh digunakan untuk membeli beras beserta barangan keperluan yang lain.
  • Bagi yang memerlukan kenderaan bermotor seperti kereta untuk bergerak, menukar dari Petrol kepada NGV adalah langkah yang lebih menjimatkan. Sebagai contoh, RM8 untuk 200Km dan jika anda bergerak sejauh 50Km sehari, maka kos NGV adalah sebanyak RM2 sehari atau RM60 sebulan. Ianya jauh lebih murah dari petrol dan pada waktu yang sama anda mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Banyak lagi yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesan inflasi selain daripada contoh yang disebutkan diatas, sebagai ahli urusinsan umumnya dan peserta MI khasnya, kenaikan harga minyak tidak begitu memberi kesan kepada anda, ini kerana anda telah sepatutnya lebih mahir mengurus keperluan kewangan anda melalui pelbagai teknik dan kaedah yang telah di kongsi bersama serta melalui peningkatan harta dan pendapatan anda. Gunakan daya imaginasi dan kreativiti anda sepenuhnya untuk menghadapi kenaikan inflasi yang sedang berlaku, sila berkongsi pengalaman serta kaedah yang anda gunakan untuk menghadapi inflasi yang semakin meningkat hari ini didalam forum yang disediakan.

Artikel Dari UrusInsan Founder: Zaidi Ismail



No comments: