Thursday, December 18, 2008

Dividen & Bonus ASB

---------- Forwarded message ----------
From: asnbcare@pnb. com.my
Date: Dec 16, 2008 12:03 PM
Subject: Re: Fw: Dividen ASB
To: Eddy Irwan Bin Mahamad


En. Eddy

Kami dengan hormatnya merujuk kepada email tuan mengenai perkara di atas.

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana tuan memilih unit amanah ASNB yang diuruskan oleh Kumpulan PNB melalui anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), sebagai instrumen pelaburan tuan.

Kadar pengagihan pendapatan dan bonus ASB yang diumumkan bagi tahun berakhir 2008 adalah seperti berikut:-

Pengagihan Pendapatan 7%
Bonus 1.75%

Berikut adalah dinyatakan cara pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus ASB untuk makluman tuan.

(a) Pengagihan Pendapatan

Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 01 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya.

Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2008:-

Jumlah *BMB dari bulan Januari 2008 hingga Disember 2008 x KADAR
12 Bulan

* BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
* Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, 2008 sehingga Disember, 2008 (12 bulan).
* Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata baki minimum
tahunan.
* Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan.


(b) Bonus

Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu.

Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2008 :-


Jumlah *BMB dari bulan Januari 1999 hingga Disember 2008 X KADAR
120 Bulan

* BMB adalah Baki Minimun Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
* Baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula dari Januari 1999 hingga Disember 2008 (120 bulan) dicampurkan kesemuanya dan dibahagikan dengan
120 bagi mendapatkan purata baki minimum untuk tempoh 10 tahun.
* Purata baki minimum 10 tahun yang diperolehi didarabkan dengan kadar bonus yang diisytiharkan.

Sekiranya tuan memerlukan sebarang maklumat atau penerangan lanjut, sila hubungi kami di Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Ejen, Ibu Pejabat ASNB, Kuala Lumpur melalui talian telefon 03-2057 3000/2057 3111 atau mana-mana Pejabat ASNB yang berdekatan atau layari laman web kami di www.asnb.com. my .

Sekian, terima kasih.

Amanah Saham Nasional Berhad
201-A Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-2057 3000 / 2057 3111
Fax: 03-20505220

SUMBER: BICARAJUTAWAN

Percuma!!!


Tuesday, December 16, 2008

Kelahiran VISA Jutawan? Satu Langkah Ke Arah Jutawan

Salam Sejahtera,

Posting kali ini hanya bersesuaian bagi yang serius sahaja dan yakin dengan pelaburan keatas diri sendiri dan pastinya akan membawa anda kearah jutawan. InsyaAllah.

Anda boleh dapatkan Laporan Khas Visa Jutawan secara PERCUMA dibawah:



FAKTA VISA JUTAWAN:
Ramai yang teringin untuk menjadi usahawan Internet, ramai yang sanggup berbelanja ratusan malahan sehingga ribuan ringgit ingin mempelajari selok belok perniagaan internet namun tak kurang juga ramai yang tertipu dengan web jualan sehingga ada yang sudah membeli berpuluh ebook, laporan, panduan namun masih tidak menghasilkan walau satu sen pun di internet!

Kini...
1 produk terkini dengan sistem yang paling moden dan canggih telah dilancarkan. Rasanya di post ini tidak perlu lagi saya ceritakan berkaitan produk "VISA JUTAWAN" Ini kerana anda boleh dapatkan info lengkapnya disini

Tetapi apa yang saya mahu coretkan disini siapakah yang menghasilkan produk VISA JUTAWAN ini?

Ianya adalah hasil tangan daripada Mas Dino aka MoneyCeo. Siapakah beliau?


Nama sebenar beliau ialah Mohammad Fadino.
Tahukah anda beliau telah menjadi jutawan ketika berusia 24 tahun?
Apakah yang beliau lakukan kini?

Sila layari profile ini untuk mengenali secara peribadi tentang Mohammad Fadino.

Jadi, saya yakin 100% bahawa produk terbaik beliau ini merupakan satu pelaburan jangka panjang kepada sesiapa sahaja kerana ianya dilengkapi satu sistem yang terkini dalam bidang internet ini.

Akhir kata dari saya,

"Belajarlah dari JUTAWAN, jika anda mahu menjadi JUTAWAN"

Salam Visa Jutawan,

Razif Yusof
Visa Jutawan (Admin)

p/s - Jika anda serius dan berminat memilikinya, sila emailkan kepada saya di razifyusof[at]gmail.com Ada tawaran terbaik dari saya untuk anda dan ianya terhad kepada 5 orang sahaja atau sebelum 25 Disember 2008.

Download Percuma