Saturday, November 15, 2008

Peluang Menambah Harta Apabila Ekonomi Merudum?

Salam sejahtera,

Saya amat tertarik dengan pandangan dan hasil penulisan dari mentor saya, Zaidi Ismail... berikut merupakan pendapat beliau..

Ketika ramai orang ketidak haruan , panik dan juga takut dengan keadaan ekonomi semasa, adakah kini masa yang paling sesuai untuk menambah harta anda?.

Purata harga saham berkualiti di BSKL jatuh dengan amat teruk sekali , amanah saham yang berkualiti juga tidak terkecuali, anda dapat membeli saham yang dahulunya dianggap saham-saham mewah (Blue Chips) pada harga diskaun kini, kuncinya adalah saham atau amanah saham berkualiti (yang memberikan bukan sahaja peningkatan modal tetapi juga dividen yang konsistan). Terdapat juga nilai hartanah yang semakin menurun dibeberapa kawasan tertentu. Dikala ini ramai dikalangan rakyat Malaysia mula mengikat perut dengan cuba untuk menyimpan wang mereka dan cuba untuk tidak membelanjakannya , kebanyakannya berbuat demikian kerana tidak berasa yakin dengan keadaan ekonomi sekarang, ramai yang menunda rancangan mereka untuk bercuti atau untuk membeli barangan mahal yang mereka idamkan selama ini seperti rumah , kereta dan juga barangan pengguna yang lain.

Kebanyakan mereka berfikir masa susah berjimat manakala masa senang berbalanja, itu adalah pemikiran lebih 90% rakyat dimana-mana negara, manakala orang kaya pula berfikir masa susah berbelanja (membeli harta) manakala ketika senang mereka menyimpan (menambah nilai harta mereka). Alasannya amat mudah, ketika keadaan susah ramai peniaga akan menjual barangan dengan keadaan murah untuk mengelakkan kerugian stok berlebihan, ada juga yang tidak dapat meneruskan gaya hidup mereka dan terpaksa menjual apa yang mareka ada (rumah , kereta dan lain-lain) bagi mengurangkan kos hidup dan kebiasaannya barangan ini dijual pada harga yang murah. Ketika ini, sesiapa yang memiliki wang dapat memilikinya pada harga diskaun yang besar. Sebagai contoh, saya baru saja menyelesaikan transaksi pembelian sebuah rumah flat satu bilik dengan harga RM40K ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur yang mempunyai kadar sewaan sebanyak RM450 sebulan yakni pulangan melebihi 13% setahun. Rumah di kawasan yang sama setahun yang lalu dijual pada harga RM50K kini boleh dimiliki dengan harga RM40K sahaja , yakni diskaun sebanyak 25%.

Terdapat beberapa faktor kenapa perkara sebegini terjadi :

  1. Kurangnya permintaan (ramai orang simpan wang daripada membelanjakannya)
  2. Ramai orang mula terasa terdesak dan mula menjual harta mereka (ketika senang mereka berhutang) dan kini mereka tidak mampu membayar hutang mereka.
  3. Kerana berasa terdesak dengan keadaan semasa, ramai yang akan mengambil tindakan bodoh seperti melabur ke skim cepat kaya dan akan kehilangan harta benda mereka.
  4. Berasa panik dan mula menjual harta benda mereka
  5. Mendapat nasihat yang salah seperti "menyimpan ketika susah dan berbelanja ketika senang"
  6. Tekanan sara hidup yang semakin tinggi dengan kenaikan kadar inflasi.

Ramai yang mengetahui yang saya tidak suka menyimpan wang, saya suka berbelanja, paling banyakkan pun saya hanya menyimpan RM10K wang tunai dan selebihnya berbentuk harta yang memberikan pendapatan. Lagipiun hasil keuntungan dari simpanan tunai tidak dapat mengatasi kadar inflasi semasa. Menggunakan Kaedah "Wealth Cycle Investing" saya membelanjakan wang saya untuk membeli harta hasil daripada pendapatan dari harta sebelumnya. Sesungguhnya menambah harta itu adalah satu pekerjaan yang membosankan. Mana tidaknya, untuk menambah harta, anda perlu membuat kajian , melihat tawaran-tawaran yang ada dipasaran untuk dibandingkan dan pelbagai aktiviti lain sebelum membuat keputusan melabur keatas harta tersebut. Melihat rakan-rakan dan orang sekeliling dengan mudah menambah beban mereka untuk menjadikan mereka lebih miskin, rasa terdetik di hati untuk berbuat begitu terutama berhutang untuk miskin amat mudah dikala ini. Mana tidaknya , untuk manjadi kaya memerlukan masa , tetapi untuk menjadi miskin hanya sekelip mata. Mungkin kerana itu ramai yang lebih rela menjadi miskin dari kaya kerana tidak sabar menunggu untuk menjadi kaya.

Kadangkala saya tidak faham bagaimana dalam keadaan hari ini yang mana terlalu banyak peluang diberikan ramai diantara kita memilih untuk menjadi miskin dari menjadi kaya. Tidak dinafikan , untuk menjadi miskin itu lebih mengujakan , lebih 'exiting" seperti membeli kereta baru (beban) , menukar perabot , pergi bercuti , pulang kekampung setiap kali ada perayaan , berbelanja untuk menjadi lebih miskin lebih "trill" berbanding berbelanja untuk menambah harta, ianya lebih membosankan, tidak boleh menunjuk kekayaan (macam mana nak tunjuk kat orang kalau ada rumah sewa 20 buah berbanding ada kereta 3-4 biji). Walaupun begitu, ianya tidak boleh dijadikan alasan untuk memilik menjadi lebih miskin. Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara dan salah satunya ialah " Ingat Kaya Sebelum Miskin " . Secara ringkas, bila-bila masa sekalipun adalah masa yang paling sesuai untuk menambah harta anda.

Walau apa jua yang anda rancangkan, kaji dan teliti dahulu hasil tindakannya, bina minda yang betul dahulu dan tiba masanya anda bertindak ke arah kejayaan! Selangkah tindakan anda yang betul bakal mengubah hidup anda buat selamanya. Fikirkanlah!